Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tentang Kami


Tentang Kami

Siapakah bajusedondon.com?


Bajusedondon.com adalah sebuah jenama di bawah syarikat AR Global Solution yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran SA0335115-A dan mula beroperasi pada tanggal 16 April 2015 namun bermula secara aktif di platform online sekitar Mei 2015. Pemilik kepada bajusedondon.com adalah Puan Nor Rashidah bt Abd. Hamid sambil diberi sokongan penuh oleh suaminya Tuan Muhammad Abduh bin Mohd Alwi. 


Kami merupakan sebuah kedai dalam talian (online) yang menjual pelbagai Koleksi Pakaian Sedondon. Semenjak beroperasi secara serius sekitar Mei 2015, permintaan terhadap pakaian sedondon yang ada dalam koleksi kami semakin meningkat. Kami berusaha untuk menjadi salah satu daripada platform jualan yang menawarkan pengalaman membeli-belah terbaik untuk anda di luar sana.



Kepakaran kami ialah membantu anda untuk mendapatkan pelbagai koleksi pilihan baju sedondon tshirt serta pakaian kasual yang boleh digayakan bersama famili, suami isteri, ayah anak, ibu anak dan juga bersama sahabat. Dengan harga mampu milik, pastinya koleksi kami menjadi pilihan yang tepat untuk anda miliki.

Bajusedondon.com adalah antara perintis di Malaysia yang menyediakan platform “One Stop Centre” koleksi pakaian sedondon untuk digayakan oleh pasangan suami isteri, famili, sahabat dan juga anak-anak. Idea ini dicetuskan oleh Puan Nor Rashidah apabila melihat suatu kesukaran bilamana ingin mendapatkan sesuatu pilihan baju sedondon, pelanggan perlu mencari satu demi satu jenama yang ada dalam pasaran. Melalui konsep perniagaan “marketplace”, bajusedondon.com telah mengumpulkan pengeluar jenama-jenama ini di bawah satu platform agar dapat membantu memudahkan para pengguna di luar sana yang turut meminati koleksi pakaian sedondon. 

Bajusedondon.com mula berkembang dari kata kunci 'baju sedondon' itu sendiri di platform google dan facebook. Hasilnya sehingga kini bajusedondon.com telah mendapat kedudukan carian teratas dalam muka pertama di google secara organik.









Catat Ulasan

0 Ulasan