Situasi:
Sebelum membeli pakaian: "Eh..eh cantiknya dia pakai baju tu. Elok je dengan badan dia. Nak beli juga la.."
Selepas membeli pakaian: "Eh, kenapa bila aku pakai nampak tak cantik? Nampak macam tak terletak je baju ni dengan badan aku.. Sedihnya..huhu"
Anda pernah berada di dalam situasi ini? Atau mungkin mengenali seseorang yang sering mengeluh bila berada dalam situasi ini? Kenapa agaknya baju yang sama apabila digayakan oleh orang yang berbeza akan menjadi tidak sama?
Sebenarnya berfesyen akan menjadi lebih mudah apabila kita tahu apa yang terbaik untuk digayakan di tubuh kita. Tidak semua orang memiliki bentuk tubuh yang sama, bentuk tubuh yang ideal, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada kita. Apa yang penting, kita mengenali terlebih dahulu bentuk tubuh masing-masing.
Secara umumnya, kebanyakan tubuh wanita termasuk dalam salah satu di antara 4 kategori ini:
i) Bentuk Pear (atau segitiga)
ii) Bentuk Epal (atau segitiga terbalik)
iii) Bentuk Hourglass (atau jam pasir)
iv) Bentuk Pisang (atau segiempat sama/lurus)
Sebenarnya berfesyen akan menjadi lebih mudah apabila kita tahu apa yang terbaik untuk digayakan di tubuh kita. Tidak semua orang memiliki bentuk tubuh yang sama, bentuk tubuh yang ideal, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada kita. Apa yang penting, kita mengenali terlebih dahulu bentuk tubuh masing-masing.
Secara umumnya, kebanyakan tubuh wanita termasuk dalam salah satu di antara 4 kategori ini:
i) Bentuk Pear (atau segitiga)
ii) Bentuk Epal (atau segitiga terbalik)
iii) Bentuk Hourglass (atau jam pasir)
iv) Bentuk Pisang (atau segiempat sama/lurus)
BENTUK PEAR (ATAU SEGITIGA)
Bentuk Pear |
BENTUK EPAL (ATAU SEGITIGA TERBALIK)
Bentuk Epal |
Anda yang berbentuk epal memiliki bahagian bahu atau dada yang lebih besar dan lebar. Manakala bahagian punggung atau peha adalah lebih kecil. Perbezaan antara epal dan segitiga terbalik adalah epal bahagian pinggang kurang terbentuk manakala segitiga terbalik ada kelihatan sedikit berlekuk di bahagian pinggangnya. Sebagai orang berbentuk segitiga, anda memiliki bahagian atas yang lebih besar. Anda mempunyai bahu yang lebar, dada yang luas dan bahagian belakang yang lebar. Pinggul anda adalah tipis dan bahagian bawah badan mungkin cenderung untuk lebih rata atau mendatar. Pinggang anda adalah halus dan anda mempunyai kecenderungan untuk pertambahan berat badan di bahagian perut dan atas badan. Kaki yang cantik dan berbentuk adalah aset anda yang berbadan epal.
BENTUK HOURGLASS (JAM PASIR)
Bentuk Hourglass (Jam Pasir) |
Boleh dikatakan bentuk yang sempurna atau ideal. Bahagian dada dan bahu sederhana lebar. Pinggang yang terbentuk dan punggung yang sederhana berisi. Anda sangat bertuah!! Anda yang mempunyai bentuk jam pasir adalah bentuk yang sangat diimpikan oleh semua orang. Dada dan pinggul anda adalah seimbang dan anda mempunyai pinggang berbentuk yang ditakrifkan indah. Anda mempunyai bahu yang bulat selaras dengan baik dengan bahagian pinggul anda.
Pinggang anda mempunyai lekuk jelas dan anggun ke bahagian pinggul anda. Anda kemungkinan besar mempunyai bahagian bawah yang bulat dan bahagian sisi yang indah sama seperti bahagian hadapan. Bahagian atas badan anda adalah berkadar selari dengan kepanjangan kaki anda yang indah terbentuk. Dari atas ke bawah, anda digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keharmonian dan keseimbangan bentuk.
BENTUK PISANG (ATAU SEGI EMPAT SAMA ATAU LURUS)
Bentuk Pisang (Empat segi/ Lurus) |
Ciri-ciri orang berbentuk empat segi ialah bentuk ini kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bahagian bawah seperti pisang. Lekuk pinggang kurang kelihatan, nampak lurus seperti pembaris. Anda merupakan antara bentuk yang paling biasa di kalangan wanita. Anda mempunyai bahagian pinggul dan dada yang seimbang, namun bahagian pinggang kurang terbentuk. Anda mempunyai bahagian bawah badan yang lebih rata daripada keseluruhan pusingan badan. Anda cenderung mendapat peningkatan berat di bahagian dalam badan (batang tubuh) terlebih dahulu kemudian barulah di bahagian peha dan lengan. Kaki anda lebih rendah sentiasa indah dan merupakan aset anda yang terbaik.
Anda tergolong dalam kategori yang mana? Kenali terlebih dahulu bentuk tubuh anda, kemudian sesuaikan dengan pakaian yang ingin anda gayakan. Pasti gaya anda akan lebih terserlah dan penampilan anda tampak lebih berkeyakinan.
Adakah tips ini membantu? Jom berkongsi komen anda di sini, juga boleh kongsikan post ini di laman sosial anda.
**Like, Comment & Share**
Nantikan sambungan seterusnya mengenai tips bagaimana untuk memilih pakaian yang bersesuaian mengikut bentuk tubuh anda.
0 Ulasan