Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Apa yang anda perlu tahu mengenai material Cotton?

Anda biasa mendengar mengenai kain cotton atau istilah yang lebih tepat material fabrik cotton?Apakah sebenarnya material tersebut? Ada berapa banyak jenis pula material cotton yang sering disebut-sebut itu? 
Picture by ebay.com
Ok, hari ni admin akan berkongsi info mengenai jenis-jenis kain ya. Semoga bermanfaat dan anda sebagai pengguna juga dapat mengutip ilmu baru mengenal jenis-jenis material yang biasa digunakan dalam pembuatan pakaian. Ada pelbagai jenis tau, chiffon, cotton, crepe, lycra dan sebagainya. 

Jom baca sama-sama. (",) 

1) MATERIAL COTTON

Kain yang asalnya daripada serat kapas di mana kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dalam iklim cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Ianya banyak dijadikan sebagai bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya kerana sifatnya yang senang dicuci.

Antara ciri-ciri lain fabrik ini ialah:

  • Nyaman dan mudah menyerap peluh saat digunakan/dipakai
  • Kain terasa dingin di kulit namun sedikit kaku
  • Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam
  • Kekotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergen/bahan pencuci pakaian
  • Boleh dicuci biasa atau dengan cucian kering (dry cleaning)
  • Tidak mudah kusut apabila dicuci
  • Apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu
Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.
  • Cotton Jepun (Japanese Cotton)

    --->Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti.
    --->Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:
    a) di bahagian sisi hujung terdapat tulisan "japan design" dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut
    b) daya menyerap peluh lebih bagus
    c) harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran
    d) permukaan kain lebih halus
    e) warna awet lebih sekata dan tahan lama
    f) sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya
  • Cotton Paris


    --->Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis.
    --->Biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah.
    --->Kedua popular selepas cotton Jepun.
    --->Namun ia paling ringan dan mudah mengerbang apabila ditiup angin.
  • Picture by indiamart.com
    Cotton Silk

    --->Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal.
    --->Ciri-ciri kain cotton ini adalah:
    a) permukaan kain lebih mengilat
    b) harga sedikit lebih mahal dari cotton biasa, namun tidak semahal cotton jepun.
    c) daya serap peluh yang paling rendah
    d)warna kilatnya tahan lama walaupun sering dicuci



  • Cotton Minyak
    --->Kain cotton ini sama seperti kain cotton lainnya cuma permukaanya lebih berminyak sedikit (kilatnya berbeza dengan cotton silk)
    ---> Harga biasanya sama dengan cotton biasa
    ---> Daya serap peluh yang baik
    ---> Kilatan pada fabrik akan berkurang setelah beberapa kali dicuci
  • Cotton biasa
    ---> Motifnya pelbagai; ada yang polos, bergaris, kotak, bunga atau abstrak
    ---> Harga lebih murah
    ---> Daya serap peluh sederhana bagus
    ---> Warnanya tahan lama meskipun masih di bawah sedikit dari cotton Jepun
Ok..demikianlah serba sedikit info mengenai kain cotton yang dapat admin kongsikan kepada anda. Adakah artikel ini membantu? Boleh kongsikan bersama rakan-rakan anda juga. Seterusnya, nantikan pula artikel berkenaan material Jacquard, Crepe dan Rayon. (",)

Oh ye, anda ingin mendapatkan pelbagai koleksi pakaian dari material cotton? Boleh lawati rangkaian medium sosial kami di bawah: 


Reactions

Catat Ulasan

1 Ulasan

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)