Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik

Polisi Pemulangan & Bayaran Balik 

Untuk produk ready stock atau pre-order, kesemua produk yang telah diterima oleh pelanggan selepas proses pembelian lengkap, TIDAK BOLEH dipulangkan kembali melainkan terdapat sebarang kerosakan produk atau kesilapan produk yang nyata oleh pihak kami terhadap tempahan produk pelanggan. 

Untuk tempahan khas atau custom-made, tiada penukaran atau bayaran balik akan dibuat sekiranya produk telah siap dan tiada kerosakan atau kesilapan yang nyata.

Definisi kerosakan produk
Produk akan dikira rosak sekiranya terdapat ciri-ciri seperti:
a. koyak
b. saiz sebenar sangat jauh berbeza dari saiz yang dinyatakan
c. jahitan tidak sekata
d. nampak kecacatan yang nyata dari segi bentuk

Definisi kesilapan produk
a. saiz yang diterima berlainan daripada saiz yang ditempah
b. produk diterima berlainan daripada produk yang ditempah
c. warna yang diterima berlainan daripada warna yang ditempah
d. jumlah produk tidak mencukupi(tercicir)

Penukaran Baju
1. Baju yang diterima ingin ditukar saiz atau baju diterima bermasalah (contoh : salah terima saiz / baju koyak).
2. Memaklumkan kepada pihak bajusedondon.com di medium asal yang anda berhubung (whatsapp, fb page, blog, dan lain-lain) sewaktu melakukan pembelian. Ini untuk memastikan design baju asal yang dibeli dan ingin ditukar masih mempunyai stok.
3. Memberikan perincian penukaran baju seperti di bawah.
Nama :
Alamat :
No Telefon : 
Email :
Design baju :
Saiz yang diterima :
Saiz yang ingin ditukar :
4. Selitkan RM7 (untuk setiap helai baju) sebagai cas penghantaran semula baju yang ingin ditukar. Sekiranya masalah baju berpunca daripada pihak kami (salah terima saiz / baju rosak), cas penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak kami.
5. Penukaran saiz hanya SAH dalam tempoh 7 hari setelah baju diterima. 

Nota penting :

Penukaran saiz tertakluk kepada polisi pengeluar koleksi sedondon yang ada di web rasmi bajusedondon.com. Jika polisi pengeluar tidak memberikan perkhidmatan untuk penukaran saiz, maka tiada penukaran akan dibuat oleh pihak bajusedondon.com.

Bayaran Balik
Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya berlaku kerosakan produk atau kesilapan produk dan pihak bajusedondon.com tidak dapat menggantikannya dengan produk yang sama atau produk lain yang sama nilai yang dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan perlu membaca dan meneliti terma dan syarat bayaran balik seperti berikut:
1. Barangan / produk yang dipulangkan akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan produk adalah rosak seperti yang dilaporkan. 
2. Pembungkusan juga perlu berada dalam keadaan asal dalam bekas penghantaran asal yang diterima.
3. Jika barang-barang / produk telah digunakan atau rosak oleh pelanggan, tiada apa-apa bayaran balik akan diberikan.
4. Pihak bajusedondon.com juga tidak akan bertanggungjawab jika penghantaran anda hilang semasa transit pemulangan. 
5. Apabila pihak kami telah menyemak dan mengesahkan barang-barang / produk, pelanggan akan menerima bayaran balik dalam tempoh 7 hari selepas pengesahan.

Alamat pemulangan
Maklumkan kepada pihak bajusedondon.com di medium asal yang anda berhubung (whatsapp, fb page, blog) sewaktu melakukan pembelian. Kami akan memberikan alamat rasmi untuk pemulangan baju asal mengikut pengeluar. 

Sila hubungi kami di inquiry@bajusedondon.com atau +6019-273 5350 jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan.

Catat Ulasan

0 Ulasan