Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Petua menghilangkan bintik hitam / tahi lalat pada pakaian


Ada tahi lalat pada baju putih anak anda? Atau mungkin juga pada telekung anda? Atau pada tshirt sukan suami anda?


Tahi lalat pada baju merupakan bintik-bintik kecil bewarna hitam yang mencaccatkan permukaan baju. Ianya terjadi akibat kulat atau bakteria lain yang tumbuh pada permukaan baju yang basah dan lembap. Baju yang masih basah akibat peluh, baju yang direndam di dalam baldi untuk tempoh masa yang lama dan baju bayi atau ibu yang terkena susu (selepas pemberian susu badan) merupakan antara situasi biasa yang mengakibatkan terjadinya bintik hitam atau tahi lalat ini. 



Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda membuang pakaian tersebut, jom cuba dahulu petua di bawah ini: 

1) Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. 

2) Rendam pakaian yang bertahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi semalaman.

3) Keesokan harinya cucilah dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4) Jemur pakaian anda sehingga kering.
5) Sekiranya tahi lalat masih ada selepas rendaman cuka, siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.

6) Rendam seketika pakaian yang masih bertahi lalat tadi ke dalam air perahan limau nipis. 

7) Kemudian cuci semula dengan sabun atau detergen. 

8) Bilas menggunakan air bersih, kemudian jemur sehingga kering. 

9) Langkah ini boleh diulang beberapa kali bagi memastikan kesemua tahi lalat telah hilang dari pakaian anda. 

Bagaimana mencegah tahi lalat daripada muncul pada pakaian?

1) Selepas melakukan aktiviti riadah yang mengeluarkan banyak peluh seeloknya rendam atau cuci terus baju tersebut. Jangan dibiarkan baju terperap untuk jangka masa yang lama sebelum dibasuh. 

2) Jika merendam pakaian di dalam baldi atau lain-lain, jangan ditunda-tunda untuk membasuh dan membilasnya. Baju yang direndam terlalu lama biasanya akan membentuk tahi lalat.

3) Sekiranya baju tersebut ingin dipakai semula pada keesokan hari, seeloknya jemur dahulu baju tersebut pada penyangkut baju. Biarkan baju dianginkan dan tidak terperap. 



Ok, selamat mencuba petua dan tips ini. Selamat berkongsi petua bersama-sama. Boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah. Terima kasih. (",) (",)




Kredit kepada: http://www.tiportips.com/http://ummiaiza.blogspot.my/
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan