Baru memasuki lebih kurang 6 hari di tahun baru 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir yang melanda di beberapa tempat dalam negara. Bermula di Terengganu, Johor Bahru dan kini di Pahang. Rata-ratanya ramai yang bimbang jika musim banjir kali ini lebih besar dari tahun 2014 yang lalu, kerana dikatakan air makin naik dari hari ke hari. Ditambah pula dengan keadaan hujan berterusan dan cuaca yang tidak menentu. Besarnya dugaan saudara-saudara kita yang diuji, tambah merisaukan kerana musim banjir kali ini juga dalam keadaan kes covid yang masih belum reda.
Moga Allah jauhkan kita dari bencana yang tidak diingini. Ayuh kita kongsikan juga doa yang boleh diamalkan bersama ketika turun hujan dan juga ketika hujan menjadi semakin buruk. Moga urusan saudara-saudara kita yang terlibat dengan banjir dipermudahkan dan mereka sentiasa dilindungi oleh Allah dari sebarang bencana yang tidak diingini. Amiin
0 Ulasan