Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Barang Keperluan Rumah dari Cosway

Cosway - antara nama perniagaan yang tidak asing lagi di Malaysia. Pelbagai koleksi barangan yang ditawarkan antaranya keperluan rumah, kesihatan dan kecantikan, kosmetik dan lain-lain lagi. Kesemuanya ada peminat tersendiri dan rata-rata peminat setai barangan Cosway pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk terus mendapatkan barangan yang diminati setiap bulan.

Saya juga antara yang tidak melepaskan peluang untuk menjadi ahli Cosway bagi mendapatkan barangan tersebut, pilihan saya bedak miami. Sebelum ini hanya menumpang guna nombor ahli orang lain sahaja, namun terasa susah pula sebab jauh, tidak diperbaharui dan lain-lain kekangan. Jadi atas faktor-faktor tersebut, saya mengambil keputusan untuk mendaftar sendiri menjadi ahli Cosway.

Pendaftarannya juga mudah sahaja, dengan yuran tahunan RM10 dan lengkapkan borang ahli - tadaa..dah siap. Saya mendaftar di Cosway cawangan Aeon, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Yuran ini perlu diperbaharui setiap tahun, namun jika belian bulanan atau tahunan kita agak banyak, maka kita tidak perlu lagi membayar yuran tahunan. Ianya akan diperbaharui secara automatik mengikut jumlah belian yang ditetapkan. 

No ahli Cosway = S684309

Di atas ini ialah nombor ahli saya, jika anda di luar sana ingin membuat belian barangan Cosway namun tidak mahu ada komitmen tahunan. Boleh sahaja terus gunakan nombor ahli ini dan dapatkan diskaun dengan harga ahli di mana-mana stokis Cosway. Selamat membeli-belah.

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan