Baju Sedondon Raya 2019 ~ Kurung Ruffle Melati


"Mommy, cantiknya. Adik nak pakai baju ni la raya nanti. Jom la mommy, kita pilih warna." 

Baru-baru ni scroll kat google, terjumpa la Si Melati ni. Melati mana? Ala, ni ha Kurung Ruffle Melati. Laju je anak akak yang bongsu tu cakap dia suka, nak pakai baju ni masa raya. Akak pun tengok-tengok la juga. Huish, rambang mata dibuatnya. Semua warna lawa-lawa belaka. Corak dia pun memang nampak eksklusif dan classy.

Esoknya kat pejabat, akak tunjuk la gambar ni pada kawan baik akak. Dia pun berkenan. Tapi dia tengah pregnant, risau tak muat. Akak bagitau, boleh pakai sebab baju
ni kain dia jenis memeri. Model yang pakai tu pun tengah hamil 5 bulan. Dia pun apa lagi, terus ajak akak pilih warna. Haha

Bukan tu je tau, kain Moss Crepe ni jenis yang best, sejuk dan selesa. Lebih istimewa kain ni jenis ironless. Ha, jadinya dah tak payah penat-penat lagi nak 
gosok baju bagai. Pilih, pilih, siap terus pakai. Jimat masa dan elektrik. Tak gitu. 

Akak ni pun anak bongsu tengah menyusu badan lagi. Mujur la si Ruffle Melati ni memang design bf friendly. Bahagian lengan pun ok sangat dah, senang nak ambil wuduk.
Apa tu orang kata..ha..wuduk friendly..Jadi kalau nak beraya dari pagi sampai petang, boleh singgah solat kat masjid senang dah. Nanti lepas raya pun boleh pakai bawa
pergi kerja pula. 

Tak boleh tunggu lagi dah ni. Baik akak order sekarang, bukan apa sebab baju ni ready stock. Nanti lambat order, risau habis pula saiz yang kita nak. Akak pilih warna 
pink dengan cyan la, ok kan? Kawan baik akak pilih warna dark blue. Yeay!! Tak sabar rasanya nak tunggu abang posmen datang hantar kat ofis. 

0 Ulasan