Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

4 warna baju sedondon raya yang unik (warna nombor 3 paling kelakar)

Bulan Rejab dah semakin tiba ke penghujung, tidak lama lagi akan masuk bulan Syaban - seterusnya Ramadhan dan Syawal. Kebiasaannya pada waktu inilah pelbagai fesyen dan pilihan design baju raya sudah kelihatan di mana-mana. 

Ada yang masih mencari-cari tema warna yang sesuai, ada yang masih berkira-kira dengan bajet, ada juga yang sekadar meninjau dahulu sebelum membuat keputusan. Yang pasti, semuanya makin teruja untuk kelihatan cantik dan sedondon di pagi Aidilfitri. 

Selain pilihan material baju, warna juga memainkan peranan penting sebelum membuat keputusan. Biasanya jika membuat pembelian secara atas talian, akan terdapat sedikit perbezaaan warna ketika sesi fotografi. Ini menjadikan gambar sedikit berbeza dengan produk sebenar. Atas sebab itulah kami merasakan pendekatan yang digunakan untuk koleksi baju sedondon raya Keluarga Haneefa ini mengambil pendekatan berbeza. Nama warna yang diberikan kepada pilihan yang ada menjadikan anda di luar sana lebih mudah untuk membayangkan rupanya yang sebenar. Empat warna yang kami maksudkan ialah :

1. Keluarga Haneefa warna Hijau Ketupat Palas
Mendengar sahaja namanya, pasti kita sudah terbayang keenakan dan rupa juadah turun temurun Melayu ini. Jadi, kita tidak lagi terkeliru samada hijau yang dimaksudkan ialah dalam kategori yang mana satu. Ambil sahaja ketupat palas, bayangkan ianya ditukarkan menjadi baju. 
Jika anda berminat dengan warna pilihan design dan warna ini,
anda boleh dapatkannya di sini

2. Keluarga Haneefa warna Merah Sirap Selasih 
Sedapnya jika dapat minum air sirap selasih waktu cuaca panas kan. Terbayang rasa sejuk ais membasahi tekak. Warna merah antara tema warna kegemaran yang ada dalam senarai pilihan pengguna di Malaysia. Warna yang menyerlahkan keberanian, semangat dan ceria. Dengan meletakkan penerangan warna merah sirap selasih, pastinya anda dapat membayangkan bagaimana rupanya. 

Untuk memilih warna ini, anda boleh ke halaman ini

3. Keluarga Haneefa warna Ungu Langsir Jiran
Serius, warna ini paling kelakar. Pertama kali dengar dan membacanya, saya juga ketawa sendiri. Terus sahaja keluar dari rumah memandang ke rumah jiran, jika ada yang memasang langsir berwarna ungu. Haha.  



4. Keluarga Haneefa warna Koko Rendang Tok
Sedapnya makan ketupat bersama rendang. Sudah terbayang suasana hari raya yang meriah diraikan bersama keluarga. Jadi warna rendang tok itu bagaimana sebenarnya? Nah, boleh lihat gambar di bawah ini.



Empat pilihan baju sedondon raya 2019 ini merupakan antara koleksi yang boleh digayakan bersama keluarga ketika menziarahi sanak saudara. Pilihan design ini sesuai digayakan pada hari raya ketiga dan seterusnya. Atau boleh juga ketika dalam perjalanan pulang dari kampung halaman masing-masing. Lebih santai tapi masih tetap dalam mood sedondon raya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai material dan carta saiz koleksi Keluarga Haneefa, anda juga boleh ke sini. Pastikan saiz dipilih dengan betul dahulu agar anda selesa menggayakannya di hari raya nanti ya. Selamat membuat pilihan. 

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan