Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Whatsapp mengalami gangguan


Tengah check whatsapp mesej ke tu? 😉

Dengar kata pagi ni whatsapp ada gangguan, ramai yang tak dapat nak hantar mesej, gambar dan lain-lain. Betul ke? 

Whatsapp awak okay tak?

Selain whatsapp, ada juga berita yang mengatakan facebook dan instagram turut terkesan dengan gangguan kali ni. Ramai pengguna yang telah memperkatakan mengenai isu ini di twitter selepas masing-masing tidak dapat memuat naik status di 3 media sosial utama yang mereka gunakan ini.

Menurut makluman yang dikeluarkan oleh pihak facebook, mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah teknikal yang berlaku. Selain turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDoS (sejenis serangan siber yang mensasarkan perkhidamatan atau servis yang mempunyai jumlah trafik yang besar).

Semoga masalah teknikal ini dapat diatasi dan ketiga-tiga media sosial yang terlibat dapat kembali digunakan seperti sediakala. 


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan