Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

5 Jenis Kekayaan


Kita memahami maksud kaya dengan banyaknya perbezaan. Dan ianya menjadi ketenangan apabila kita berlapang dada dalam suasana yang kita bina.

1. Seorang guru mungkin tidak kaya harta, namun mereka ini kaya dengan anak murid, rakan sekerja dan penuh dengan doa-doa dari banyaknya generasi.

2. Seorang doktor mungkin tidak kaya dengan masa. Mereka ini sering sahaja kaya dengan pengalaman, yang mana menyelamatkan, merawat dan membantu orang yang sakit sentiasa memberikan mereka ini terus sihat dan berkhidmat kepada ramainya orang.

3. Orang yang berniaga (Majikan - pemilik bisnes) mungkin kaya dengan wang dan harta. Dan mereka punya kekayaan ini adalah hasil dari kekayaan bangun pagi, kehidupan yang tersusun dan tak pernah berhenti berusaha. Orang bisnes, masanya juga adalah wang.

4. Pekerja yang bekerja kepada majikan atau kerajaan mungkin tidak kaya seperti orang bisnes. Namun mungkin mereka ini kaya dengan masa keluarga dan anak-anak.

5. Pelajar biasanya tidak kaya dengan wang dan masa. Namun pada waktu ini mereka kaya dengan kawan-kawan, pengalaman dan kekayaan budi menuntut ilmu.

Tak perlu bergaduh perli sesiapa bab kaya. Kita boleh sahaja kaya kata-kata dan kaya adab dengan sentiasa mendengar mereka bercakap tentang kelebihan masing-masing.

Jika ada yang berbeza, telanlah. Dia dan kita takkan pernah sama. Sama ada dia lebih atau kita yang kurang, itu normal. Berusahalah mengubah diri jika kita mahu lebih kaya dari apa yang kita ada sekarang.

Apapun, kaya dengan ibadah adalah kewajipan yang sentiasa kena ada pada setiap 5 jenis kekayaan di atas. 

Menarik sekali kan Tuan Khairul Hakimin Muhammad menukilkan maksud 5 jenis kekayaan yang berbeza ini. Semoga kita meraikan perbezaan yang ada dan sentiasa meningkatkan kesyukuran kita ke atas setiap rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. 

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan