Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Travelog Sedondon : Cuti-Cuti Langkawi (Hari Pertama)


Langkawi kami datang. Chewah!! Teruja sangat untuk bercuti ke Langkawi kali ini. Maklumlah dah lama tak jejak kaki ke sana. Ini kali kedua saya menjejak kaki ke bumi Langkawi, yang pertama sekitar tahun 2003 dahulu, telah tersangat lama. 

Kunjungan kami ke sini kali ini boleh dikatakan pada waktu puncak kerana musim cuti persekolahan baru sahaja bermula. Jadi, kebanyakan tambang  dan kos meningkat sedikit berbanding hari-hari biasa.
Power bank kami bawa sampai 3 biji lagi. Persediaan untuk berjalan-jalan tanpa kehabisan bateri. Hihi
Beg pun dah siap kemas. Sorang bawa dua beg. Bukan apa, senang nanti masa balik mesti nak letak banyak cenderahati, jadi boleh masuk semua dalam beg. Nampak tak tu? Beg sandang dan tali beg tajaan dari vmware.

Ok, jom gerak. Bismillah. 
Lapangan terbang Subang
Kami memilih untuk ke Langkawi melalui udara. Pandu kereta dan tinggalkan di rumah kakak di Subang, kemudian menaiki Uber ke Lapangan Terbang. Tiket ni kami beli dari awal lagi, sekitar Bulan Mei/Jun 2016. Masa tu dapatla juga diskaun gedebuk gedebak. Macam biasa, selepas melalui proses letak bagasi dan daftar masuk kami pun menunggu ketibaan Mr Pilot untuk membawa kami ke Pulau Langkawi.

Kos tiket flight kami untuk pergi balik (dengan tambahan belian tempat duduk) ialah RM305.72.

Muka ceria je, tak sabar nak naik fllight.

Ni la rupanya pesawat Firefly yang akan membawa kami terbang di awan biru.

Dalam pesawat, muka dah kontrol. Kalo tak, cuak juga dah lama tak naik flight. 

Panaroma gumpalan awan dari dalam pesawat, indah dan mendamaikan. Subhanallah.

Ok, dah selamat mendarat di Langkawi.
Penerbangan dari Subang ke Langkawi mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. Kami sampai sekitar jam 3.20 petang dengan cuaca yang sedang panas terik juga di sana. 

Kenderaan
Setibanya di Langkawi, kami terus mencari pihak pengurusan kereta sewa yang telah kami tempah sebelum pergi lagi. Kedua-dua (penginapan dan kenderaan) kami survey dan buat pilihan dari laman web kayak.com. Kereta sewa kami sebuah Perodua Myvi (baru lagi, keluaran Jun 2016) dengan harga RM315.02 untuk 4 hari di sana. Harga tersebut merupakan kadar pada musim cuti sekolah iaitu sekitar RM100 sehari. Jika pergi pada hari biasa dan bukan waktu puncak, kadarnya sekitar RM50-RM60 sahaja. Tapi kami pasrah sahaja, memandangkan memang telah mengetahui tentang kadar tersebut. Kos petrol pula anggaran RM40-50 untuk 3-4 hari di sana. Selepas membuat bayaran deposit RM100 kepada perkhidamatan kereta sewa, maka kami pun mulalah meneroka. 


Nilah kereta sewa kami sepanjang berada di Langkawi.

Pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan amat mendamaikan jiwa.
Penginapan
Di mana nak cari? Biasanya memang survey2 dari laman web Agoda, Trivago atau website hotel. Tapi untuk percutian kali ni, kami memilih penginapan dari aplikasi Kayak.com. Dari sini juga kami menempah perkhidmatan kereta sewa untuk bergerak di Langkawi. Setelah membandingkan harga dan melihat tempat-tempat yang ditawarkan, kami memilih untuk menginap di De Langkawi Resort and Convention Centre. Tempatnya bukanlah di tepi pantai (maklum sahaja waktu puncak hotel tepian pantai pastinya sudah penuh, jika ada harga tersangatlah berbeza meningkat berkali ganda).

Perkara pertama setelah mendapat kereta sewa, kami terus sahaja ke tempat penginapan untuk daftar masuk.

Kaunter pendaftaran di bahagian hadapan pintu masuk. Gambar ihsan dari google, terlupa nak snap gambar.
Dilayan mesra oleh Encik Faizal selaku pengurus di sini, kami seterusnya ditempatkan di rumah tepi sekali. Wah, bagus juga. Senang nak keluar tak perlu berjalan jauh. Hihi. Jom tengok gambar dalam bilik penginapan kami dengan kemudahan yang disediakan.

Posing depan cermin dulu 


Inilah rupanya bilik kami. Seekor angsa menyambut mesra ketibaan kami. Hihi

Pandangan keseluruhan bilik dengan kerusi rehat di bahagian tepi. Wall decor yang simple dan menarik.
Ruang dalam bilik air.


Disebabkan petang dan malam ni kami nak mulakan eksplorasi, jadinya mari kita cas penuh telefon-telefon yang ada dahulu. Oh, plug ada di tepi katil. Kami memang dah siap-siap bawa extension, jadi cukup la untuk cas 4 telefon & 1 power bank ni dalam masa yang sama.

Bersusun tengah cas semua.
Oh, ye jika anda mahu menggunakan khidmat pemandu pelancong boleh juga dapatkan terus di sini. Pihak De Langkawi Resort juga ada menyediakan van untuk membawa pelancong bersiar-siar sekitar Langkawi. Cuma disebabkan kami telah menempah perkhidmatan kereta sewa yang lain, jadi kami tidak menggunakan kemudahan tersebut. 

Kos untuk penginapan kami di sini selama 4 hari 3 malam ialah RM378.99 (harga selepas GST). Oh ye di sini juga disediakan sarapan pagi percuma untuk pengunjung, jadi tak perlu nak pening-pening fikir nak makan di mana. Boleh alas perut dahulu sebelum berjalan-jalan setiap hari.

Lokasi pertama : Pantai Pasir Hitam
Setelah siap berehat dan urus diri, kami pun mulakan perjalanan pertama di sini. Lebih kepada jalan-jalan cari makan sebenarnya sebab masing-masing dah kelaparan tak jumpa nasi lagi. Berpandukan peta dan GPS telefon, kami memutuskan untuk singgah di tepi pantai dahulu. Alang-alang dah petang, boleh juga menikmati pemandangan matahari terbenam kan.

Tidak perlu pergi terlalu jauh, dalam jarak lebih kurang 5 kilometer sahaja dari tempat penginapan kami telah pun berjumpa dengan lokasi pantai iaitu Pantai Pasir Hitam. Wah, jika di Kuantan ada Pantai Batu Hitam - di sini pula ada Pantai Pasir Hitam. Kira sesuai la tu melepas rindu lama tak balik kampung suami.

Ada pelbagai juga lagi pantai-pantai peranginan di sekitar Langkawi. Boleh ke sini untuk info selanjutnya --> Pantai-pantai Peranginan di Langkawi

Selepas menikmati hidangan Nasi Ayam di gerai yang masih buka, kami pun mula berjalan di tepi pantai. Oh, ye menurut pemilik gerai makan - gerai-gerai di pantai ini tidak beroperasi pada waktu malam, hanya dari jam 9pagi hingga 6 petang sahaja. Kami merupakan pelanggan terakhir di gerai tersebut sebelum mereka menutup premis untuk operasi hari ini.

Pantai Pasir Hitam - tempat yang tenang dan sesuai untuk merehatkan diri. Pemandangan di sini menarik sekali untuk diabadikan dalam potret percutian atau perkahwinan. Tidak hairan juga sewaktu kami ke sini, di satu sudut yang lain ada 2,3 pasangan pengantin sedang mengambil gambar outdoor mereka dengan berlatar belakangkan matahari terbenam.


Nun di hujung sana, mereka beroutdoor photoshoot. Kami di sini tumpang sekaki juga. Hihi
Pemandangan sekitar di Pantai Pasir Hitam
Sempat juga ambil gambar pemandangan matahari terbenam yang dah di hujung2

Love is always in the air. Chewah!
Yang ni kunun2 bergambar ala2 Follow Me tu. Jadi tak? Jadi tak?
Dari Pantai Pasir Hitam, kami terus bergerak ke Pekan Kuah, meninjau-ninjau suasana malam di Dataran Lang. Masih ramai orang juga rupanya cuma gerai-gerai di sini kebanyakannya telah ditutup. Kami hanya membeli topi untuk dipakai esok hari, di sini cuaca agak panas. Kira topi tu sebagai persediaan untuk bersiar-siar hari esok. 


Jika nak tahu tentang sejarah Dataran Lang dan Pulau Langkawi, boleh juga ke sini. 
Ok, jumpa lagi di travelog Langkawi hari kedua ya. Stay tuned. 
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan