Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tentang Kurta

Memakai kurta bukanlah satu gaya baharu di negara kita kerana sebelum ini ia dikenali sebagai pakaian tradisional bagi lelaki kaum India. Ia merupakan sejenis kemeja panjang yang sampai ke lutut, selalunya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kebiasaannya kurta tradisional ini dipakai bersama seluar panjang yang dipanggil salwar atau paijama. Namun sekarang pemakaiannya telah diubah menjadi lebih moden dengan pelbagai gaya yang menarik.

Perkataan kurta dipinjam dari bahasa Urdu, Hidnustani. Berasal dari bahasa Sanskrit kuratu/kurtaka atau bahasa Parsi yang bermaksud "tshirt tidak berkolar".  Ada juga yang mengatakan pakaian longgar yang panjangnya mencecah sehingga paras lutut itu berasal daripada Bahasa Bengali.

Kurta moden ada yang terdiri dari kurta pelikat. Antara ciri-cirinya ialah lebih moden dan diubah menjadi berkolar. Padanan antara kain pelikat kurta berkolar nampak lebih menarik dan moden, malah ianya kini menjadi pilihan anak-anak muda serta semua peringkat usia. Ia lebih menarik dan kelihatan santai selain sesuai untuk dipakai pada setiap masa. Kurta sesuai dipakai dalam kegiatan sehari-hari mahupun dalam acara formal.

FESYEN baju lelaki kurta yang berasal dari India semakin disukai ramai oleh golongan lelaki di negara ini. Kurta kebiasaannya dipakai sebagai fesyen kasual dan turut menjadi pilihan bagi dipakai semasa majlis kenduri atau bertamu ke rumah orang.

Kurta asas biasanya dibuat daripada fabrik kapas polos dengan warna-warna putih, hitam, coklat dan kelabu. Bagaimanapun kini rekaan kurta semakin dipermodenkan bagi memenuhi permintaan ramai.
Jika kurta India dibuat panjang hingga ke bawah lutut, kurta yang ada pada masa kini dibuat pendek hingga ke lutut atau di atas lutut. Kurta moden ini sesuai dipakai bersama jeans atau seluar panjang.

Tags: baju raya 2016, baju raya sedondon, baju raya sedondon 2016, fesyen raya 2016, warna 2016, baju raya terkini

wink emoticon
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan