Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Rutin Pagi


Segar rasanya kan bila dapat minum kopi kegemaran di pagi Isnin.
Siapa di sini penggemar kopi juga? Kita geng. Kenyit mata sikit. ;)
.
Ada orang kata kelancaran perjalanan seharian kita bergantung pada permulaan di waktu pagi.
Apabila kita mulakan hari dengan bersemangat, ceria dan gembira ~ mood seharian juga pastinya
baik2 sahaja. Tapi jika dari awal pagi, kita sudah kelam-kabut, bermasam muka. Hmm, rasanya sepanjang hari akan serba tidak kena. Setuju?
.
Boleh juga amalkan 3 tips di bawah untuk memulakan hari anda.

+ Lafazkan rasa syukur sebaik sahaja bangun dari tidur kerana masih diberi
peluang meneruskan kehidupan.
+ Berikan senyuman pagi yang paling manis untuk diri sendiri dan orang terhampir.
+ Ambil masa untuk bertenang dan mulakan rutin pagi anda dengan gembira.
.
Apa lagi ye? Siapa nak tambah tips pagi, jom kongsi di bawah. Sharing is caring kan. 

#bajusedondondotcom
#bajusedondon
#rutinpagi 




wink emoticon


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan