Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

TIPS PRAKTIKAL KHATAM SURAH AL-KAHFI



Surah al-Kahfi adalah surah Makkiyah yakni diturunkan di Mekah dan mengamalkan membacanya adalah sunnah pada setiap Hari Jumaat. 
.
Mengandungi 110 ayat, sukarkah menghabiskan bacaannya dalam satu hari? Boleh cuba tips berikut:
.
Waktu solat pula ada 5 waktu. Jadi bermula dari masuk Maghrib pada hari Khamis sampailah Asar pada petang Jumaat, bahagikan 110 ayat itu kepada 5 pecahan.
.
Waktu Maghrib (Khamis), baca 22 ayat pertama surah al-Kahfi.
Waktu Isyak (Khamis), baca 22 ayat seterusnya.
Waktu Subuh (Jumaat), baca 22 ayat lagi.
Waktu Zohor (Jumaat), baca lagi 22 ayat.
Waktu Asar (Jumaat), baca 22 ayat terakhir dalam surah tersebut.
.
Kenapa dimulakan dari hari Khamis? Kerana hari dalam Islam bermula pada waktu Maghrib.
.
Selain hanya membaca, lebih baik juga kita bertadabur (mengambil ibrah) dari kisah-kisah yang terdapat dalam surah tersebut. Besar hikmahnya buat manusia yang mahu berfikir.
.
Selamat beramal dan selamat hari Jumaat :-)
.



Kredit info: Qider Firdaus
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan