10 SAHABAT YANG HARUS DIHARGAI


"Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku"





Memiliki sahabat yang baik adalah impian semua orang dan berupa nikmat kebaikan yang harus kita syukuri. Namun bagaimana yang dikatakan sahabat yang baik itu? Berikut antara ciri-ciri sahabat yang harus kita hargai.

1) Sahabat yang ceria dan menceriakan. 
Keceriaan selalunya membuat kita lebih bersemangat untuk melalui rutin harian, tidaklah hanya berwajah sedih sahaja. Jadilah sahabat yang bersikap ceria dan hargai juga sahabat yang sering menceriakan kita.

2) Sahabat yang memberi ketenangan. 
Ada kalanya fikiran kita berserabut memikirkan masalah yang ada, namun memiliki sahabat yang mampu menenangkan kita adalah kurniaan Tuhan yang sangat bermakna untuk kita.

3) Sahabat yang berbaik sangka. 
Banyak perkara yang berlaku kadangkala tidak seperti hal yang sebenar. Sokongan dan kepercayaan daripada sahabat yang sering berbaik sangka adalah perkara yang menenangkan jiwa.

4) Sahabat yang tidak suka mengata.
Ada orang bersahabat hanya untuk membanding-banding dan mengata perilaku atau kekurangan sahabatnya sendiri. Elakkan sahabat begini kerana sahabat yang baik adalah seseorang yang boleh menyimpan aib kita dan memberi teguran untuk membina atau memperbetulkan kesalahan kita. 

5) Sahabat yang ikhlas.
Persahabatan yang dibina atas dasar keikhlasan adalah sangat bermakna dan berharga, tidak dapat dibandingkan nilainya dengan apa pun. Sahabat begini selalunya tidak mengharapkan balasan sebaliknya sering ikhlas menawarkan pertolongan kepada kita.

6) Sahabat yang jujur.
Tidak ada manusia pun yang suka bila dirinya ditipu. Carilah sahabat yang jujur dan bersikap jujur jugalah dalam bersahabat.

7) Sahabat yang baik tutur katanya.
Tenang sekali mendapat sahabat yang berkata-kata dengan baik, tidak menyinggung perasaan kita. Nah, jika memang mempunyai sahabat seperti ini hargai dia sepenuhnya.

8) Sahabat yang berfikiran positif.
Fikiran selalunya akan mempengaruhi tindak tanduk dan sikap kita. Sahabat yang berfikiran positif menjadikan kita lebih bersemangat menghadapi apa pun dugaan dan cabaran yang tiba. 

9) Sahabat yang baik hati dan baik niatnya.
Memang sukar menilai niat seseorang kerana hanya empunya diri yang tahu niat sebenarnya, namun sahabat yang baik hati dan baik niatnya akan terpancar dari perilakunya sepanjang bersahabat dengan kita. 

10) Sahabat yang menjadi pendengar yang baik.
Kadangkala kita hanya memerlukan seorang pendengar yang baik untuk mendengar masalah kita. Tidak semestinya dapat diselesaikan serta merta, namun punya teman yang sudi meminjamkan masa dan telinganya kepada kita saat dirundung kesedihan adalah penawar kesedihan itu sendiri. 

Anda memiliki ramai sahabat yang berada di dalam sepuluh kategori ini? Tahniah, terus kekalkan persahabatan dengan mereka dan hargai mereka seadanya. Anda juga perlu memupuk nila-nilai ini di dalam diri anda supaya sama-sama menjadi sahabat yang baik untuk orang lain pula.

Oh, ya. Sambil-sambil tu apa kata anda lihat-lihat koleksi baju sedondon sahabat kami. Dah ada banyak 'design' baru untuk tahun 2016 ini. Layari laman media sosial kami di bawah:

0 Ulasan