Gajah Oh Gajah





Terasa mengantuk di waktu petang ye..?
Nampak lemau je tu..nak angkat pen siapkan kerja pun macam dah tak larat je.. isk..isk..isk..
Relaks...Rehatkan minda.. jom baca ni.. ;) ;)


******************************************************************************
Suatu hari di dalam kelas.
Cikgu: Murid-murid, sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf G?

Abu: Gajah

Cikgu: Bagus!!! Sekarang sebutkan nama binatang yang bermula dengan huru D?

Abu: Dua gajah

Cikgu: Abu, jangan main-main !!!... Berdiri !!! Murid-murid lain ada jawapan?

Semua murid senyap tak tahu jawapan...

Cikgu: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M? Murid-murid lain senyap...tiba-tiba...

Abu: Mungkin gajah...

Cikgu: Abu.. main-main lagi... pergi berdiri di luar kelas !!!
Murid-murid lain diam tak tahu jawapan..

Cikgu: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf J?
Semua murid diam tak tahu jawapan...tiba-tiba.... kedengaran suara dari luar kelas...

Abu: Jangan-jangan gajah...

Cikgu bertambah marah lalu menyuruh Ali menutup pintu kelas..

Cikgu: Ok murid-murid.. seterusnya sebutkan nama binatang bermula huruf A?
Murid-murid semua juga diam.. tida-tiba Abu menyampuk dari luar tingkap..

Abu: Anak gajah..

Sekali lagi cikgu menyuruh Ali menutup tingkap.. Selang beberapa minit suara Abu tidak lagi kedengaran.. Cikgu menyuruh Ali keluar mencari Abu..tapi tiada..

Cikgu: Takpa murid-murid.. biarkan Abu..
Cikgu bertanya lagi soalan pada murid-muridnya..

Cikgu: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf K?
Murid-murid semua juga diam.. tiba-tiba.............. suara Abu dengan pembesar suara....

Abu: Kompom gajahhhhh






Hihihihiihih...... 

0 Ulasan