Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

DIY idea kreatif dari tshirt lama/terpakai



Ada banyak pakaian terpakai di rumah? Tak tahu nak buat apa dengan pakaian tersebut? Jom baca ni, admin kongsikan beberapa idea yang boleh dicuba sendiri dari pakaian lama atau pakaian terpakai anda. Wah, tak sangka banyak yang kita boleh buat rupanya. (",) (",)


1. Headband

Pic: Sugar Bee Crafts

Anda gemarkan fesyen headband? Atau teringin menggayakan headband untuk si kecil anda? Tak perlu membeli lagi, kini dari tshirt lama anda juga boleh menghasilkan headband yang menarik. Tidak terlalu sukar untuk dibuat, cuma perlukan sedikit idea kreatif bagaimana mencantumkan tshirt terpakai anda menjadi sesuatu yang menarik ini. Berikan kejutan kepada si kecil anda, pasti dia menyukainya. 

2. Gelang
Pic: Lil Blue Boo
Wah..satu lagi idea hebat yang boleh dicuba dari tshirt lama anda. Mencatumkan tshirt untuk menghasilkan gelang yang menarik. Selamat dipakai, malah siapa sangka dari tshirt lama anda boleh menghasilkan wang pula. 

3. Sarung Bantal


Tshirt yang anda minati telah koyak di beberapa bahagian, namun bahagian hadapannya masih lagi elok dan anda sayang untuk membuangnya. Apa kata, cuba lakukan ini. Cantumkan bahagian hadapan tshirt anda, kemudian hasilkan sarung bantal yang menarik. Jimat kan, tidak perlu berbelanja sarung bantal baru lagi.

4. Cadar
Pic: Goose Tracks Quilts
Menggunakan konsep yang hampir sama dengan sarung bantal, tapi dalam skala yang lebih besar. Tadaaa...cadar dari tshirt lama/terpakai anda. Dah jimat duit belanja, boleh guna idea kreatif ni. 

5. Beg Membeli-belah / Tote-Bag


Dalam menyahut saranan kitar semula, penggunaan beg plastik antara salah satu yang sering menjadi isu. Ini kerana penggunaan beg plastik yang sukar untuk dilupuskan akan mencemarkan alam semulajadi. Apa kata, cuba cara ini. Gunakan kembali tshirt lama anda sebagai beg membeli-belah. Ianya senang dan cepat untuk dibuat, hanya gunting dan buat pemegang beg di bahagian atas tshirt. Siap. Boleh juga dicadangkan sebagai salah satu projek berkumpulan anak anda bersama rakan sebayanya. Kos yang rendah serta cara yang menarik untuk menggunakan semula tshirt lama anda dan jadikannya sebagai tote-bag. Ianya teguh dan senang dibasuh, boleh digunakan sebagai beg serbaguna untuk membeli-belah barang runcit, mengisi buku-buku pelajaran, baju sukan atau pakaian renang. 


6. Bekas Laptop 
Pic: Make
Sementara menanti masa untuk menggantikan beg laptop yang telah rosak, apa kata anda cuba ini. Jadikan tshirt terpakai anda sebagai beg laptop, nampak menarik dan lain dari yang lain. 

7. Seni Hiasan Dinding
Pic: Fave Crafts

Idea yang kreatif menghasilkan tshirt lama/terpakai menjadi poster hiasan dinding yang menarik! Dinding bilik atau ruang tamu anda tidak kelihatan kosong lagi dengan projek kreatif yang mudah ini, boleh disiapkan dalam masa yang sekejap sahaja. 

8. Alas Kaki

Gunting tshirt lama anda, kemudian cantumkan untuk menjadi alas kaki. Jimat belanja, tetap nampak menarik dengan kos yang menijimatkan. 


Hmm..bagaimana dengan idea DIY di atas? Pastinya almari anda tidak lagi dipenuhi dengan tshirt lama/terpakai yang tidak digunakan. Tukarkannya kepada sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada anda. Jom, sama-sama kita cuba buat ye. (",) (",) 
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan