Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tips Penjagaan Fabrik Kapas / Cotton

Assalamualaikum semua. Salam penghulu hari, Jumuah Mubarakah.
Wah, ada yang sudah tidak sabar untuk bercuti panjang hujung minggu ini? Pastinya ramai yang menyambung cuti bersempena dengan cuti umum Deepavali yang jatuh pada hari Selasa depan. Admin ucapkan selamat bercuti kepada semua ya. Kepada yang bekerja hari ini, selesaikan dahulu kerja anda tau. Dahulukan mana yang lebih utama supaya nanti anda akan dapat bercuti dengan tenang. Tidaklah asyik teringat-ingat kerja yang masih terbengkalai di pejabat. Betul tak?

Sebelum anda semua bercuti, apa kata baca entri terbaru admin ni terlebih dahulu. Admin nak kongsi berkenaan apa ye? Ok, kita sambung sedikit lagi berkenaan dengan fabrik cotton boleh?

Rata-ratanya kita di Malaysia gemarkan fabrik kain cotton kerana kesesuaiannya dengan iklim di negara kita. Fabrik ini selalunya menjadi pilihan kerana ciri-cirinya yang selesa, menyerap peluh, tahan lasak dan pelbagai pilihan design yang terkini dan menarik. Bak kata pepatah, designya "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas". Namun, bagaimana cara sebenarnya untuk menjaga fabrik jenis cotton ini agar lebih tahan lama?


Berikut antara beberapa tips penjagaan fabrik cotton:


--> Basuh kain cotton terlebih dahulu sebelum dijahituntuk mengelakkan ia mengecut.
--> Untuk basuhan kali pertama, seeloknya kain cotton dibasuh secara berasingan samada dengan menggunakan cucian tangan atau basuhan mesin dalam mode soft.

--> Untuk ketahanan fabrik cotton, elakkan daripada terkena peluntur kain (bleach). Malah sesetengah pelembut juga mungkin tidak sesuai untuk fabrik cotton kerana ia akan mengurangkan 'pernafasan' fabrik tersebut. 
--> Jemur di tempat yang tidak terlalu panas dengan cahaya matahari.
--> Terbalikkan kain/baju semasa di jemur.
--> Baju dari kain cotton elok digantung bukan dilipat.
--> Terus dibasuh dan dijemur selepas dipakai. Elakkan dari tersimpan lama dalam bakul kain kotor atau mesin basuh bagi mengelakkan kedutan yang berlebihan.
--> Gosok dengan seterika stim, atau semburkan air sebelum gosok dengan suhu yang sesuai. Kain cotton dengan kualiti premium amat mudah digosok.
--> Kain-kain cotton ini sangat cantik dibuat jubah / dress atau sebarang fesyen baju menyusu.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan