Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai



Ada yang kata warna memainkan peranan tersendiri dalam mencerminkan peribadi atau emosi seseorang. Ada juga yang kata, setiap orang memiliki auranya yang tersendiri apabila mengenakan warna-warna tertentu. Malah, warna juga kadangkala dikaitkan atau menjadi sinonim dengan budaya dan bangsa tertentu. Ada apa dengan warna sebenarnya?

Jom, hari ini admin kongsikan serba sedikit pengertian dan maksud di sebalik warna-warna tertentu. Anda boleh jadikan tips ini sebagai panduan untuk memilih warna pakaian yang ingin dipakai.

1) HITAM 

  • Warna formal yang biasa dipakai sebagai uniform dalam sesuatu organisasi atau bisnes.
  • Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang nampak elegan dan seksi. 
  • Kadangkala membawa maksud warna yang mahu menyembunyikan diri contohnya wanita yang ingin kelihatan kurus sesuai memakai warna ini.
  • Tidak digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam industri yang memerlukan mereka untuk menjadi kreatif kerana berpakaian hitam secara keseluruhan (dari kepala hingga ke kaki) membawa maksud seseorang itu kurang imaginasi dan kreativiti. 
  • Hitam juga ditafsirkan sebagai warna yang menggambarkan sisi agresif seseorang. Jadi sesuai untuk ahli sukan berkumpulan (hoki, bola sepak) yang ingin menonjolkan sisi agresif pasukan mereka berbanding pihak lawan. 
  • Memakai warna hitam membuat seseorang itu dikaitakn dengan mempunyai karakter yang misteri.
2) PUTIH
  • Warna putih melambangkan kedamaian, ketenangan dan kerehatan jadi semua orang seharusnya memiliki sekurang-kurangya sehelai pakaian berwarna putih. 
  • Pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam keadaan cuaca yang panas kerana ia memantulkan haba dan cahaya. Namun, cabarannya ialah untuk mengekalkan kebersihan dan warnanya selain boleh menjadi seksi jika material pakaian tersebut agak jarang dan nipis.
  • Warna putih juga sinonim sebagai lambang kesucian dan kebersihan walaupun agak sukar untuk mendapatkan warna putih yang asli kerana kebanyakannya mempunyai beberapa tona yang berbeza.  
  • Putih juga termasuk warna yang natural kerana boleh dipadankan dengan kesemua warna yang lain.

3) MERAH
  • Merah adalah warna tenaga, jadi seseorang yang ingin tampil dengan lebih yakin diri digalakkan memakai pakaian atau aksesori berwarna merah. 
  • Warna merah sesuai dipakai di penghujung minggu bekerja di mana biasanya tenaga sudah berkurangan. 
  • Merah membawa maksud garang, tuah, kekayaan dan juga kuasa. 
  • Namun, tidak digalakkan untuk memakai warna merah untuk menenangkan anak kecil yang sedang menangis. 
  • Jika memakai pakaian berwarna merah, berhati-hati dalam memilih warna lipstick. Pastikan warna lipstick adalah sama tona dengan warna merah pada pakaian. Boleh sedikit cerah atau sedikit gelap. 
  • Warna merah juga mencerminkan keberanian, ketegasan, seksi serta menggoda untuk sesetengah penduduk negara atau bangsa.
4) BIRU
  • Warna biru dikatakan boleh merangsang minda dan membuatkan komunikasi lebih lancar. 
  • Biru juga melambangkan kepercayaan, kedamaian dan selamat.
  • Kebiasaannya warna 'Dark Navy Blue' dipakai oleh pegawai penguatkuasa undang-undang seperti uniform Polis yang menggambarkan keselamatan.
  • Dicadangkan untuk memakai warna biru setiap hari Rabu atau ketika mesyuarat, pembentangan atau sebarang aktiviti/majlis yang memerlukan seseorang itu menggunakan suara dan berkomunikasi dengan banyak atau kerap.
  • Orang yang menggemari warna biru biasanya sukakan ketenangan.
5) HIJAU
  • Warna hijau yang sinonim dengan warna rumput serta daun sebenarnya boleh memberikan kesan rasa tenang  dan aman kepada seseorang.
  • Hijau juga salah satu warna kegemaran Baginda Nabi kita Nabi Muhammad SAW. 
  • Mereka yang suka memakai warna hijau selalunya merupakan individu yang sukakan kedamaian dan ketenangan.
  • Warna hijau kelihatan natural kerana sifatnya yang dekat dengan warna alam semulajadi.
  • Ada kajian mengatakan warna hijau dapat memancarkan kepercayaan dan kesihatan emosi yang positif kepada seseorang. 

Ada lagi warna kegemaran anda yang tiada di sini? Warna apa lagi yang tertinggal ya? Ok..tak mengapa, boleh komen di bawah untuk warna-warna seterusnya yang anda ingin tahu. Admin akan kongsikan lagi di Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai Bahagian II. Ok tak?

Sambil-sambil tu, admin jemput anda semua untuk melayari rangkaian medium sosial admin yang lain juga ye. Ada pelbagai koleksi pakaian dengan warna-warna yang pelbagai juga di situ. Tak tahu medium sosial admin yang lain? Ni, admin dah letak gambar tag di bawah 
👇
Tengok tau.. (",) (",) (",)


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan