Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tips membeli pakaian secara online


Assalamualaikum semua. Apa khabar anda hari ini? Admin doakan semuanya sihat-sihat selalu. Oh, ye.. Hari ini ada design baru untuk set famili akan dilancarkan. Nak tahu design apa? Kenalah tunggu update daripada admin. (",) (",)

Sebelum tu, apa kata kita baca perkongsian ini terlebih dahulu. Biasanya sebelum membeli pakaian, apa yang sering anda semua tanyakan kepada penjual? Apa yang membuatkan anda masih ragu-ragu untuk membeli secara dalam talian? Anda risaukan material yang digunakan, takut tidak selesa? Atau anda risau, takut tersilap saiz?
Berikut antara tips yang dapat menambahkan lagi keyakinan anda untuk membeli-belah pakaian secara dalam talian. 

TIPS 1: PASTIKAN MATERIAL PAKAIAN
Sekiranya anda ingin membeli pakaian secara dalam talian, anda perlu memastikan terlebih dahulu jenis material yang digunakan. Contohnya cotton, lycra, crepe, jacquard dan lain-lain. Ini penting kerana pastinya anda mahu mendapatkan pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk dipakai. Tanyakan kepada penjual atau anda boleh juga mencari maklumat mengenai jenis material dan kenal pasti ciri-ciri material tersebut.  



TIPS 2: KENAL PASTI CIRI-CIRI PAKAIAN
Pakaian yang dipakai adalah berbeza-beza, mengikut fungsi dan tempatnya. Contohnya, kita memakai blouse longgar untuk bersantai, tshirt cotton untuk beriadah, kemeja formal untuk ke pejabat dan lain-lain. Jadi, kenal pasti terlebih dahulu pakaian yang ingin anda beli dengan melihat gambar pakaian tersebut dan bertanya lanjut kepada penjual. 


TIPS 3: DAPATKAN SAIZ YANG TEPAT
Saiz memainkan peranan penting untuk keselesaan pakaian supaya anda tidak memakai pakaian yang terlalu besar atau terlalu kecil dengan diri anda. Sebelum membeli, lihat dahulu carta saiz yang disediakan. Kenal pasti samada saiz yang diberikan adalah dalam ukuran inci atau cm. Walaupun saiz yang dinyatakan adalah saiz standard seperti S, M, L, XL namun anda masih perlu juga menyemak ukuran. Ini kerana ukuran setiap jenama, setiap design masih juga berbeza walaupun saiz adalah sama. Jadi, semak terlebih dahulu carta saiz untuk setiap design pakaian dan boleh rujuk peniaga juga untuk membantu anda mendapatkan saiz pilihan yang tepat. Tidaklah anda mengalami kesukaran pula nanti untuk menukar saiz setelah pembelian dilakukan.

Secara umumnya, cara mengambil ukuran badan adalah seperti berikut:
Bahu = ambil ukuran bahu dari kanan ke kiri atau sebaliknya (dari kiri ke kanan)
Dada = ambil ukur lilit dada dengan meletakkan tali pengukur di bahagian tengah dada anda. Tarik nafas dan hembuskan, kemudian barulah ambil ukuran. (Ada juga sesetengah carta saiz yang memberikan ukuran dada sebagai 1/2 ukur lilit sahaja, rujuk kepada penjual terlebih dahulu)
Pinggang = ambil ukur lilit kawasan pinggang anda tanpa ada bertindih dengan kain, tali pinggan atau lain-lain.
Paha = cara mengambil ukur lilit paha ialah secara berdiri dengan anggaran 7 inci di bawah bahagian pinggang anda.

TIPS 4: BANDINGKAN HARGA DENGAN KUALITI

Material dengan kualiti berbeza tentunya akan berbeza dari segi harga. Buatlah pembelian dalam julat harga yang telah anda tentukan untuk diri sendiri, namun tidak salah juga untuk sesekali berbelanja lebih sebagai ganjaran. Apa yang penting, biarlah harga yang ditawarkan setanding dengan kualiti pakaian yang dibeli. Lihat komen atau testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli pakaian yang sama atau boleh juga merebut peluang mendapatkan pakaian yang anda minati pada waktu jualan murah diadakan.



Semoga 4 tips ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang sesuai sewaktu membeli-belah pakaian secara dalam talian.

Sedang mencari pakaian sedondon yang selesa digayakan? Jom, buat pembelian bersama kami. Terdapat pelbagai design untuk dipilih, dengan tawaran hebat yang berpatutan serta mampu milik dan pastinya layanan yang mesra daripada kami. Layari rangkaian medium sosial kami seperti yang tertera di bawah. Jom shopping online!!
kiki emoticon


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan