Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Tips Mengurangkan Ketagihan Gajet Pada Anak-Anak


Dunia teknologi hari ini sememangnya semakin berkembang dengan pantas. Segala jenis maklumat kini boleh diperolehi hanya di hujung jari sahaja, tidak kira menggunakan medium telefon pintar, tablet atau komputer riba masing-masing. 
Tidak dinafikan perkembangan pesat dunia teknologi ini turut terkesan kepada anak-anak seawal usia 1-2 tahun lagi. Selalunya anak-anak didedakan dengan pelbagai jenis permainan di dalam software telefon, samada yang bersifat hiburan ataupun mendidik. Namun, apa yang terjadi apabila anak-anak mula ketagih gajet dan enggan berenggang dari peralatan canggih tersebut? Apabila anak-anak terlalu asyik dengan permainannya, segala perkara yang lain pasti tidak akan menarik perhatiannya lagi, lupa mandi, lupa makan bahkan sangat marah apabila mainannya diambil secara paksa. Berikut dikongsikan beberapa tips untuk mengurangkan ketagihan gajet kepada anak-anak:
1. Ajak anak-anak bermain di luar rumah

Anak-anak pasti seronok apabila diajak bermain di luar rumah seperti, bermain layang-layang di kawasan lapang, menangkap kupu-kupu di taman, atau berbasikal mengelilingi taman. Selain membuat anak lupa akan asyiknya bermain gajet, udara segar juga akan membuat mereka lebih sihat dan aktif.
2. Sediakan jadual bermain gajet

Ada baiknya membuat jadual untuk si kecil anda dan memberikan kefahaman kepadanya bahawa, ada masa-masa tertentu dia harus belajar, makan, mandi, beribadah dan berkumpul bersama keluarga. Contohnya, hari Isnin hingga Jumaat dia harus melakukan aktiviti hariannya tanpa gajet. Hanya pada waktu hujung minggu sahaja dibenarkan menggunakan gajetnya untuk sesuatu tempoh masa (bukan sepanjang hari). Berikan ganjaran seperti hadiah atau makanan kegemarannya apabila dia berjaya mematuhi jadual yang telah ditetapkan. 
3. Hanya masukkan permainan yang bersifat pendidikan

Pelbagai jenis permainan ada di dalam gajet hari ini termasuklah yang berunsur pendidikan ataupun hiburan semata-mata. Sekiranya kedua-dua cara di atas tidak mampu membuat si kecil jauh dari gajetnya, kini saatnya anda mengambil langkah yang lebih tegas. Anda boleh memadamkan kesemua jenis permainan pada gajet tersebut dan menutup laluan internetnya. Kemudian, langkah seterusnya ialah dengan memasukkan semula permainan yang bersifat pendidikan (educative games) yang akan membuat si kecil anda tidak sedar bahawa mereka sedang bermain sambil belajar. 
4. Tunjukkan contoh tauladan

Untuk mengurangkan ketagihan gajet pada anak-anak, ibu bapa juga memainkan peranan utama. Tunjukkan contoh tauladan yang terbaik di mana anda juga tidak terlalu bergantung dan sepanjang masa bersama gajet. Bagaimana anda dapat mengawal anak-anak anda sekiranya anda sendiri mengalami masalah untuk berenggang dengan gajet anda?
4. Lakukan aktiviti secara berkumpulan

Sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, contohnya anda mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan sesekali lakukan aktiviti bersama tanpa gajet. Anda boleh membahagikan mereka kepada 2 kumpulan dan anda sebagai ibu bapa juga boleh turut serta. Contoh aktiviti permainan di alam rumah yang boleh dilakukan bersama seperti bermain teka kata, sembunyi-sembunyi, kuiz, membina lego dan pelbagai permainan kreatif yang lain. Anda sebagai suami/isteri boleh bertindak sebagai pengadil. Bahagikan kumpulan anak-anak dengan baju sedondon yang berbeza. Pasti mereka lebih teruja dan seronok menghabiskan masa bersama-sama. 

Adakah tips ini membantu anda? Jom kongsikan bersama rakan-rakan anda juga. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba. 
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan