Teka-teki Islamik


Sangat menarik teka-teki islamik ini, jom uji minda dengan postkan jawapan anda di sini:


1. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air. 
Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. 
Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga.

Tapi ada satu keadaan, di mana air pula yang menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?

2. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau dihadiahkan.

Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan. Benda apakah itu?

3. Ada orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap, dan solat tersebut statusnya sah.

Bagaimana itu boleh terjadi, solat apakah itu?


4. Solat apa yang jumlahnya 3 rakaat tetapi dibaca 4 kali tahiyat?

5. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama, seluruh manusia di muka bumi tidak ada yang melakukannya?


6. Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib.

Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali; jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

Apakah ibadah wajib tersebut?



Selamat mencuba.




0 Ulasan