Assalamualaikum semua.
Ada tak yang menonton rancangan Fiqh Wanita di TV3 tengah hari tadi? Moderatornya Ustazah Fatimah Syarha berkongsi mengenai topik rezeki online. Admin sempat juga menonton rancangan itu tadi. Jom, admin kongsikan serba sedikit apa yang telah dibincangkan.
Oh, ye...di bahagian terakhir ada tips untuk pembeli online tau. Teruskan membaca ye.. (",)
Dalam al-Quran, Allah ada berfirman, "Dihalalkan jual beli dan diharamkan riba". Boleh rujuk surah al-Baqarah ayat 275. Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa perniagaan, jual beli, muamalat atau apa sahaja istilah yang berkaitan adalah dihalalkan dalam agama. Sebaliknya, mengaut keuntungan secara berlebihan hingga menyebabkan riba adalah jelas diharamkan.
smile emoticon
Intipati pertama, ustazah berkongi mengenai konsep jual beli itu sendiri. Dengan mengambil ibrah dari kisah Saidatina Khadijah yang menjalankan perniagaan dan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang bekerja dengan beliau, di sinilah konsep berkongsi keuntungan itu ditunjukkan. Maksudnya keuntungan yang diperolehi oleh peniaga turut sama dikongsi bersama pekerja.
smile emoticon
Sebab-sebab dibolehkan jual beli:
Tidak kira secara fizikal mahupun dalam talian, keharusan berjual beli itu adalah berkait dengan sebab-sebab berikut.
1) Memenuhi keperluan orang lain adalah salah satu sebab perniagaan itu digalakkan dalam Islam.
2) Sebagai salah satu bukti kehambaan kepada Allah yang memberi rezeki.
3) Memberi peluang kepada orang lain untuk berkongsi rezeki.
4) Kebebasan masa khususnya kepada wanita, boleh menumpukan pada urusan rumah tangga.
5) Peluang dan ruang untuk bersedekah, lagi banyak rezeki yang kita dapat, sepatutnya lagi banyak kita memberi.
smile emoticon
Niatkan perniagaan bukan hanya untuk menggandakan harta semata-mata, tapi untuk mengagih-agihkan rezeki bersama orang lain.
smile emoticon
Perlu tak adanya akad dalam urusan jual beli?
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum akad dalam jual beli. Sebahagian ulama mengatakan mesti adanya lafaz akad tersebut contohnya "Saya jual" dan "Saya beli".
Ada juga sebahagian ulama lain yang berpendapat tidak perlu kepada lafaz, cukup sekadar berlakunya redha meredhai antara penjual dengan pembeli. Contoh penjual menawarkan harga tertentu, ciri-ciri tertentu barang jualan dan pembeli bersetuju untuk membeli berdasarkan apa yang diberitahu.
smile emoticon
Jika wanita mempromosi barangan jualannya sendiri, modelling, photoshoot tudung sendiri dengan pelbagai warna (color blocking) dikira sebagai tabarruj atau tak?
Tabarruj mempunyai pelbagai maksud. Ada ulama mentafsirkannya sebagai wanita yang mendedahkan bentuk/lekuk badan, ada juga yang menyatakan tabarruj sebagai wanita yang tidak menutup aurat dan ada juga ulama yang mentafsirkannya sebagai perlakuan wanita yang bekerja atau beurusniaga dalam keadaan yang bergaul bebas dengan lelaki.
smile emoticon
Tips untuk elakkan ditipu oleh peniaga online yang memberikan testimoni berlebihan tentang produknya.
Pembeli boleh amalkan doa "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (rujuk surah al-Baqarah ayat 32)
Ok..itu sahaja perkongsian daripada admin kali ini. Semoga ada manfaatnya untuk dikongsi bersama. Boleh kongsikan post ini dengan rakan-rakan anda juga. (",) (",)
0 Ulasan