S.A.H.A.B.A.T
Tujuh huruf yang membentuk satu perkataan yang besar maknanya. Tiada manusia yang dapat hidup seorang diri di dunia ini. Pastinya kita memerlukan orang lain, perlukan sahabat yang sedia berkongsi suka duka perjalanan kehidupan kita. Malah, sahabat juga antara insan yang akan mempengaruhi tingkah laku kita. Sebagaimana ada perumpamaan yang menyebut, "Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak membeli minyak wangi namun bau harumnya tetap melekat di tubuh badan kita."
Namun, sahabat bagaimana yang harus kita cari? Sahabat bagaimana yang harus kita hargai benar-benar akan kehadirannya dalam hidup kita?
Dalam buku Bimbingan Mukmin karangan Imam Al-Ghazali, ada digariskan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik. Antaranya seperti berikut:
1)Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2)Jika engkau rapatkan persaudaraan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3)Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu sedaya upayanya.
4)Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5)Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7)Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8)Jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu.
9)Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10)Jika engkau berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-katamu.
11)Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12)Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan denganmu.
Nah, betapa bertuahnya anda jika memiliki sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti ini. Hargai dia, kekalkan persahabatan dengannya.
Bagaimana untuk menghargai?
Banyak caranya, kami kongsikan satu di sini. Hadiahkan dia sehelai baju sedondon, ajak dia keluar dan pakai baju sedondon bersama-sama sahabat kesayangan anda. Jom. (",)
0 Ulasan