Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN PADA USIA 6 TAHUN ATAU SEBELUMNYA





Besarnya peranan yang dimainkan oleh seorang yang bergelar ibu hinggakan ada kata-kata yang mengungkapkan, "Seorang ibu umpama sekolah. Sekiranya kamu membinanya dengan baik, beerti kamu membina satu masyarakat yang memiliki akar yang baik."

Anak Perempuan pada usia enam tahun atau sebelumnya


Demikianlah pentingnya seorang ibu dalam kehidupan manusia. Persoalannya bagaimanakah untuk mendidik seorang anak perempuan untuk menjadi ibu yang terbaik, yang dapat membimbing masyarakat keseluruhnya? 

Di sini, kami kongsikan serba sedikit tips mendidik anak perempuan pada usia 6 tahun atau sebelumnya.


1) Anak perempuan perlu dikhatankan kerana ini akan memberi kesan langsung kepada sikap dan perilaku anak tersebut dalam fasa selanjutnya.


2) Membina hubungan yang mempunyai unsur saling percaya mempercayai sehingga seorang anak boleh memberitahu berterus terang tentang apa sahaja yang dia rasakan dan fikirkan. Kisah didikan di antara Nabi dan Siti Aisyah pada usia sebegini melalui teori iaitu pesanan terhadap isteri Abu Bakar untuk menjaganya baik-baik dan juga secara praktikal bilamana Nabi sering berkunjung ke rumah Abu Bakar, bertanya keadaaan Aisyah dan sering berbual-bual bersamanya. Hal ini menjadikan Aisyah merasa damai dan mempercayai Nabi sepenuhnya.

3) Ibu bapa perlu memperhatikan dan memahami perasaan anak, apa yang dialaminya serta turut merasakan kesedihan yang dia rasakan.


4) Ibu bapa perlu berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh anak-anak (jika mampu dalam kadar yang segera). 

5) Tidak menghukum anak perempuan yang masih kecil walaupun dia melakukan kesalahan sebaliknya menegur dengan berlemah lembut. 


6) Perlu mendahulukan kaedah pendidikan at-targhhib berbanding at-tarhiib iaitu mendahulukan kasih sayang dan kelembutan sewaktu mendidik anak, terutamanya pada anak yang masih kecil. 


Kisah tauladan Nabi S.A.W mendidik Saidatina Aisyah sewaktu masih kecil jelas menggambarkan Baginda ingin menyampaikan kepada semua ibu bapa dan pendidik supaya tidak menggunakan kekerasan dalam mengasuh dan mendidik anak yang masih kecil. Pendidikan dan asuhan itu hanya boleh dilaksanakan dengan kelembutan dan kasih sayang.


Ibu bapa yang bersikap keras sewaktu mendidik anak perempuan yang masih kecil beerti mereka menganiaya dan menyakitinya. Kekerasan itu mungkin menyebabkan seorang anak menjauhi malah membenci ibu bapanya dan enggan mendengar nasihat ibu bapanya lagi. 

Bersambung...




Rujukan: Mendidik Anak Perempuan, Abdul Mun'im Ibrahim, PTS Publication, 2010.





Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan