Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI MENURUT DR. HARLINA HALIZAH SIRAJ



Ayah adalah hero saya! Itulah tanggapan pertama seorang anak terhadap ayah, malah itulah juga yang menjadi inspirasi seorang anak lelaki - untuk mengikut jejak langkah menjadi seperti ayahnya. 


Namun pendidikan anak-anak bermula sejak bila? Samakah caranya untuk mendidik anak lelaki dan anak perempuan? Apakah perbezaan aspek didikan yang perlu ditekankan dalam mendidik anak lelaki?

Untuk menjawab soalan-soalan berikut, jom kita lihat antara tips mendidik anak lelaki menurut Dr. Harlina Halizah Siraj, yang pernah dikongsikan beliau dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9.


1) Mantapkan pendidikan agama dari awal. Anak lelaki perlu dididik dari aspek aqidah, akhlak, insaniah dan jasmani. Pengetahuan asas mengenai agama, membaca, memahami dan mendalami al-quran seharusnya dimantapkan pada anak lelaki sejak dari kecil kerana mereka yang akan menjadi pemimpin keluarga suatu hari nanti.

2) Didik anak lelaki mengenai pengetahuan seks. Misalnya, anak lelaki perlu diasingkan tempat tidurnya setelah mumaiyiz, jauhkannya daripada rangsangan seks dan ajarkannya untuk menjaga serta menundukkan pandangan. Pengetahuan mengenai air mani, darah haid, kehamilan dan perkara-perkara yang berkaitan hendaklah diajar untuk memberikan kefahaman kepada anak lelaki.

3) Luangkan masa bersama dan tunjukkan ciri-ciri yang baik. Kebiasaannya apa sahaja yang dibuat oleh ayah akan diikuti oleh anak lelaki termasuklah cara berpakaian, cara bercakap dan sebagainya. Jadi, tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak lelaki anda. Cuba pulang awal dari tempat kerja dan ambil alih tugas memandikan anak jika anak masih di bawah usia 5 tahun. Bawa anak bersiar-siar samada ke taman permainan atau sekadar berjalan-jalan untuk meluangkan waktu bersama dan merapatkan hubungan dengannya. 

4) Ajak anak bergasak, bergumpal iaitu bermain secara fizikal. Permainan lasak dan kasar seperti ini sememangnya digemari oleh anak lelaki dan ayah adalah orang yang paling sesuai untuk melayan aktiviti ini dengan anak. Sekali-sekala, berilah peluang untuk anak lelaki menang dalam permainan tersebut. Pasti mereka gembira dan seronok bermain dengan anda. 

5) Dukung anak lelaki di atas bahu. Ini bersesuaian dengan fizikal seorang ayah yang lebih kuat berbanding ibu, malah dari sudut psikologi cara sebegini membantu anak lelaki untuk melihat dari sudut pandangan ayahnya. 

6) Ajar anak lelaki bersikap tegas tetapi penuh kasih sayang. Ini boleh dilakukan sekiranya anak lelaki rapat dengan ibu di mana dia boleh belajar dan mampu meluahkan emosinya. Peranan ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya ank lelaki belajar mengasihi melalui ibunya. 

7) Anak lelaki perlu bijak. Ini penting kerana anak lelaki yang akan memimpin keluarganya suatu hari nanti. Jadi selagi mampu, galakkan anak lelaki untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Biasakan juga memanggil anak lelaki dengan gelaran yang menggambarkan dia seorang pemimpin seperti "abang long", "ketua" dan lain-lain. 

Bagaimana? Adakah tips ini membantu anda? Selamat membina generasi masa hadapan yang terbaik. 

Jom dapatkan baju sedondon untuk digayakan bersama oleh ayah dan anak lelaki. Layari www.bajusedondon.com atau facebook page kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Oh ye, boleh juga download aplikasi kami di 
http://bit.ly/BajuSedondonApps

Terima kasih. (",) (",)

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan