"Ibu...ibu... Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka.. Engkau hiburkan selalu.. Ibu....ibu... Engkaulah ratu hatiku..."
Ibu..Emak..Ummi..Ma..Bonda..Mother.. Mum..Kesemuanya gelaran yang ditujukan kepada insan teristimewa dalam hidup setiap insan. Tanpa ibu, siapalah kita. Tanpa restu ibu juga, tidak ke mana-mana juga kita. Bahkan membahagiakan ibu adalah antara perkara yang dituntut dalam agama. Terdapat banyak cara yang boleh kita, sebagai anak lakukan untuk membahagiakan ibu kita sendiri. Berikut adalah serba sedikit tip-tip untuk membahagiakan ibu sebagaimana yang dikongsikan dari Majalah Gen-Q edisi ke-19.
Berikut adalah tip-tip untuk membahagiakan ibu:
1) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat.
2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka. 3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak.
4) Mendahulukan kepentingan mereka.
5) Melakukan pengorbanan untuk mereka.
6) Bersegera menyahut penggilan mereka.
7) Bermanis muka di hadapan mereka.
8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka.
9) Membalas jasa mereka.
10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah.
11) Meminta izin untuk memasuki kamar.
12) Sentiasa mendoakan.
13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel.
14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah.
15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan.
Selain dari tip-tip di atas, banyak lagi perkara lain juga yang boleh kita lakukan mengikut masa dan kesesuaian. Meraikan ibu juga adalah sangat dituntut, bagaimana caranya? Salah satunya adalah dengan memberikan hadiah untuk ibu. Bukan hanya tertumpu pada Hari Ibu semata-mata, namun boleh diberikan pada bila-bila masa sahaja.
Tak tahu nak pilih apa sebagai hadiah? Pakaian, baju merupakan salah satu contoh yang sesuai. Buat pilihan baju yang bersesuaian, hadiahkan kepada ibu anda atau juga isteri anda (yang menjadi ibu kepada anak-anak anda). Selamat membuat pilihan.. (",)
0 Ulasan