Selalu Rasa Lesu Selepas Makan Tengah Hari? Cuba Cara Ini
Bila badan rasa lesu, kerja pun jadi perlahan. Hurm.. agar tubuh tetap bertenaga, kami akan berikan tips untuk mengurangkan rasa lesu selepas makan tengah hari!
1. Lakukan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat meningkatkan aliran darah di tubuh, melancarkan bekalan oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot dan meningkatkan tenaga tubuh secara semulajadi. Anda boleh cuba naik turun tangga selama 5 minit untuk memanaskan badan anda.
2. Mengunyah gula-gula getah
Kajian di St Lawrence University mendapati, pelajar yang mengunyah gula-gula getah sebelum ujian mempunyai daya ingatan yang lebih baik. Tapi, jangan lakukan secara berlebihan kerana kajian mendapati mengunyah gula-gula getah lebih dari 15-20 minit akan menurunkan rangsangan mental.
3. Minum banyak air
Kajian dari Journal of Nutrition mendapati, dehidrasi menyebabkan keletihan, sensitiviti dan susha menumpukan perhatian. Jadi, jangan lupa minum air di siang hari. Sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.
4. Mendengar muzik
Mendengar muzik dapat meningkatkan prestasi kognitif. Kajian mendapati, mendengar muzik dapat membuat seseorang menyelesaikan lebih banyak soalan mengikut masa yang ditentukan dan mendapat jawapan yang tepat.
5. Makan dalam kuantiti kecil
Makan terlalu banyak semasa makan tengah hari membuatkan perut kembung. Jadi, makanlah dalam kuantiti kecil dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit untuk makan makanan yang lain.
Sumber: http://mynewsbistro.blogspot.com/2015/08/selalu-rasa-lesu-selepas-makan-tengah.html
0 Ulasan