Menjadi seorang ayah yang dapat menunjukkan contoh terbaik kepada ahli keluarga amat penting dalam sesebuah keluarga. Namun bagaimana caranya?
Mencontohi Luqman al Hakim dalam cara beliau mendidik dan menyampaikan pesanan berhemah kepada anaknya merupakan salah satu di antara cara-caranya.
Siapakah Luqman al Hakim?
Ibnu Katsir berpendapat bahawa nama panjang beliau ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun, sedangkan asal usul beliau terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama besar. Ada yang menyatakan Luqman berdarah Ibrani, sebahagian yang lain menyebut berdarah Habsyi dan ada juga yang mengatakan bahawa Luqman berdarah Nubi (yakni salah satu suku di Mesir yang berkulit hitam di masa sekarang).
Namun demikian, yang disepakati adalah Luqman al Hakim merupakan seorang yang arif lagi bijaksana. Beliau dianugerahi oleh Allah ilmu hikmah, akal dan kemampuan yang tinggi dalam memahami sesuatu serta kemampuan yang luar biasa dalam mengamalkan ilmunya.
Bagaimana untuk mencontohi Luqman al Hakim?
Di dalam al-Quran terdapat satu surah yang khusus berkenaan dengan kisah Luqman bersama anaknya, iaitu surah ke 31 yang terdiri dari 34 ayat yang dinamakan Surah Luqman. Antara lain di dalam surah ini, Luqman berpesan kepada anaknya beberapa perkara.
Jom sama-sama kita fahami pesanan yang amat bermakna ini.
1) "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar."
2) "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesugguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya Lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."
3) "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
4) "Wahai anakku, janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi dengan berlagak sombong; kerana sesugguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri."
5) "Wahai anak kesayanganku, sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesugguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
Demikianlah beberapa mutiara hikmah yang dapat diambil dari pesanan Luqman al Hakim kepada anaknya. Moga sahaja pesanan ini menjadi sesuatu yang bermanfaat dan dapat kita amalkan bersama-sama dalam kehidupan harian kita seluruhnya.
Selamat menjadi ayah yang hebat.. (",) (",)
p/s: Ingin mendapatkan baju sedondon untuk dipakai bersama ayah dan anak..? Boleh dapatkannya bersama kami di sini. Teruskan melayari
www.bajusedondon.com Terima kasih.
0 Ulasan