Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

4 Musim Percintaan dan Perkahwinan



Dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita yang berpasangan dan seterusnya mengikat janji setia untuk hidup bersama, pasti melalui empat musim percintaan yang berlainan. 
Apakah 4 musim itu?





  • Tempoh Sebelum Perkahwinan

    1) Musim Pertama [Musim Cinta Sayang]

    Ini adalah musim pada peringkat awal perkenalan. Tempoh yang dikatakan bagi mengenal hati budi masing-masing. Musim yang penuh dengan fantasi dan janji manis. Serba-serbi dirasakan indah dan sempurna. Apa sahaja masalah yang timbul sedia diterima. 

    Tindakan pasangan pada musim cinta sayang inilah yang banyak menghasilkan kesan pada penghujung sesebuah perkahwinan. Sekiranya pengakhiran yang baik dan diredhai Allah yang menjadi keutamaan, segala batasan dalam pergaulan juga perlu diikut. 


  • Tempoh Awal Perkahwinan
    2) Musim Kedua [Musim Masam Manis dan Kritikal]

    Tempoh setahun dua usia perkahwinan menjadi saat manis dan juga suka duka dalam menjalani kehidupan bersama.

    Ketika menghadapi musim kedua ini, ramai pasangan yang kecundang kerana lebih melihat kepada segala bentuk kekurangan yang ada pada pasangan sedangkan pada musim pertama percintaan apa yang digambarkan hanya kebaikan. Namun, ramai juga pasangan yang berjaya melepasi musim kedua ini dengan bahagia walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik.

    Mereka ini lebih melihat kepada realiti dan bukannya fantasi. Apabila memasuki musim ini, setiap pasangan memerlukan pemikiran dan tindakan yang rasional dalam menghadapi setiap cabaran yang hadir bersamanya. Pasangan perlu berdoa kepada Allah supaya disuburkan rasa cinta dalam hati masing-masing dan juga dijauhi daripada segala perasaan negatif hasil suntikan jarum kejahatan syaitan yang durjana.



  • Tempoh Pertengahan Perkahwinan
    3) Musim Ketiga [Musim Genting dan Mencabar]

    Saat kehadiran cahaya mata berupaya menjadi penawar dan pengikat kasih sayang dan cinta pasangan suami isteri yang bercinta. Setiap tempoh dan musim percintaan dalam fasa ini mempunyai dugaan dan cabarannya yang tersendiri seperti cabaran ketika mengandung dan bersalin; cabaran dalam menjaga dan mendidik anak-anak; cabaran ketika anak-anak mula memasuki alam persekolahan, meningkat remaja dan dewasa. 

    Musim ini juga memerlukan lebih banyak kekuatan fizikal, emntal dan spiritual dalam mengahdapi dugaan yang mendatang. Setiap dari kita digalakkan sentiasa berdoa supaya pasangan dan anak-anak sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar hati sendiri di samping dapat membentuk mereka menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa.



  • Tempoh Akhir Perkahwinan
    4) Musim Keempat [Kemuncak Cinta]

    Musim terakhir ini apabila kita memasuki musim menuai dan membaja. Segala-galanya dapat difahami dan diterima oleh pasangan masing-masing. Susah dan senang tetap juga dilalui bersama. Cinta yang dapat membawa kita terus bertemu dengan cinta agung Illahi, bercinta hingga ke syurga.




    Semoga kita dapat melalui keempat-empat musim percintaan dan perkahwinan ini dengan sepenuhnya. Jom Bercinta, Bercinta Hingga ke Syurga.. =)
    Jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk Baju Sedondon Suami Isteri bersama kami di www.bajusedondon.com (",) (",)



    Rujukan: Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa, Mardiana Mat Ishak, 2011, PTS Publication

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan