Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang..."
Lirik lagu di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa keluarga bahagia itu menjadi impian setiap yang bergelar manusia.
Apa yang dimaksudkan dengan KELUARGA BAHAGIA??
Secara umumnya keluarga bahagia boleh didefinisikan sebagai sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik. Ahli keluarga juga dapat hidup dalam keadaan harmoni, saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Keluarga adalah asas pembentukan sebuah masyarakat. Bagaimana membina keluarga bahagia? Perkara ini yang sering berlegar-legar dalam minda setiap orang.
Apabila keluarga menjadi keluarga bahagia, pembentukan masyarakat juga menjadi lebih tersusun dan harmoni. Hmm...agar pembinaan keluarga bahagia itu dapat dibentuk seadanya, di sini kami senaraikan beberapa tips.. Jom kita sama-sama baca dan cuba amalkan 10 tips ini..
1. Doa yang berterusan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri dan anak-anak, amalkan membaca doa selepas solat berjemaah bersama-sama dan diaminkan oleh seluruh ahli keluarga.
2. Cari masa berkomunikasi
Luangkan masa setiap hari (walaupun sekejap) untuk berkomunikasi bersama pasangan dan anak-anak. Cuba dengar luahan hati mereka, pengalaman harian mereka, masalah mereka dan bertukar-tukar cerita bersama-sama.

3. Murah dengan pujian dan penghargaan
Setiap pasangan dan ahli keluarga perlu saling memuji antara satu sama lain contohnya memuji masakan yang dimasak isteri atau ibu. Tidak lokek juga untuk mengucapkan terima kasih di atas setiap pertolongan yang dihulurkan.
4. Mencari kebaikan masing-masing
Walaupun berbeza pendapat dan minat, cuba cari kebaikan pasangan dan setiap ahli keluarga masing-masing agar tidak hanya tertumpu kepada perbezaan yang ada sahaja.
5. Lebih banyak memberi daripada menerima
Jangan mengungkit pemberian, sebaliknya sematkan di dalam hati masing-masing untuk terus berusaha untuk memberi lebih banyak tidak kira sesama pasangan mahupun ahli keluarga.
6. Banyakkan bergurau dan bermesra

Bergurau senda bersama ahli keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, tidaklah anda serius sepanjang masa. Sesekali, buatlah lawak atau ceritakan pengalaman yang mencuit hati dan pastinya hari-hari anda lebih ceria dan berwarna-warni.
7. Murah dengan sentuhan
7. Murah dengan sentuhan
Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan dan ahli keluarga anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkanlah dengan sentuhan. Pasti pasangan serta ahli keluarga akan memahaminya.
8. Terimalah dengan redha dan bersyukur
Menerima pasangan serta ahli keluarga anda seadanya dan tidak terlalu menetapkan syarat untuk mereka sentiasa mengikut kata anda. Anda akan menjadi lebih redha dan bersyukur bila tidak terlalu meletakkan jangkaan mereka perlu sentiasa menjadi sepertimana yang anda harapkan.
9. Sentiasa kenangkan jasa pasangan dan lupakan keburukan pasangan

Setiap orang ada kebaikan serta kelemahan masing-masing. Tidak perlu diingat keburukan yang pernah berlaku atau kelemahan yang ada, sebaliknya raikan setiap kebaikan yang pernah dihulurkan oleh pasangan serta ahli keluarga anda.
10. Sentiasa memaafkan
Amalkan budaya meminta maaf kepada pasangan dan ahli keluarga sebelum tidur atau setiap kali melakukan kesalahan dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian bersama-sama.
Nah, bagaimana..? Mari kita cuba mengamalkan tip-tip di atas.
Pakai baju sedondon bersama keluarga juga salah satu tip lain yang boleh dicuba kan.. Nampak serasi dan sehati sejiwa gitu..
Selamat membina keluarga bahagia.. (",) (",) (",)

0 Ulasan