Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

10 SENARAI SEMAK PRESTASI IBU BAPA




Apa yang dimaksudkan dengan SENARAI SEMAK??


Umumnya, senarai semak atau checklist adalah ringkasan item yang diperlukan dalam melaksanakan dan memenuhi kriteria sesuatu perkara. 


Ibu bapa juga ada senarai semak? Mungkin kedengaran agak baru, namun praktiknya di dalam keluarga boleh membantu memantapkan sesebuah institusi keluarga tersebut. Jom sama-sama baca dan amalkan senarai semak di bawah ini.  


1: Beriman dan Bertakwa kepada Allah


Ibu bapa perlu berusaha meningkatkan rasa bertuhan dan kehambaan pada setiap masa. Semua pihak perlu berusaha dengan lebih serius bagi melahirkan generasi yang baik bermula dengan ibu bapa yang baik.


2. Menghidupkan Sunnah Rasulullah


Jaga syariat dan hidupkan sunnah Rasulullah dalam keluarga. Syariat dan sunnah Rasulullah tidak sukar untuk diamalkan, namun ia perlu dibiasakan dan dijadikan amalan. Perkara yang dibiasakan akhirnya akan menjadi budaya hidup. Boleh dimulakan dengan sunnah yang ringan dan mudah terlebih dahulu seperti adab makan, adab tidur dan lain-lain.


3. Memberi Tunjuk Ajar dan Asas Agama kepada Anak-anak


Ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar dan didikan asas agama kepada anak-anak dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaiaan dengan fitrah dan mengikut usia mereka. Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengambil peluang bagi menyampaikan nasihat sewaktu bersiar-siar bersama anak-anak. 


4. Mendidik Anak Tanpa Jemu


Ibu bapa sentiasa mendidik anak-anak tanpa jemu, tidak mengira tempat dan masa. Jadikan rumah sebagai institusi pendidikan tidak rasmi untuk anak-anak.


5. Kawal Percakapan dan Pendengaran Anak-anak


Kawal percakapan dan pendengaran anak-anak dari kecil kerana didikan awal ini lebih berkesan berbanding didikan selepas mereka meningkat dewasa. Mulakan seawal usia empat tahun. Ibu bapa perlu sama-sama mendisplinkan anak-anak.


6. Asing Tempat Tidur Anak-anak


Setelah anak-anak mumaiyiz (dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk), perlu diasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Pengasingan ini bertujuan menjaga syariat dan memupuk sifat malu ke dalam diri anak-anak serta dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


7. Pantau Pergaulan Anak-anak


Jaga batas pergaulan anak-anak antara lelaki dan perempuan seperti aurat dengan abang, kakak, ipar duai, sepupu, ayah, ibu dan anak angkat. Selain itu, pantau juga pergaulan mereka dan kenal pasti rakan mereka. Perlu difahami, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membina persoanaliti anak-anak, sama ada dalam perkara positif ataupun negatif.


8. Kenal Pasti Minat dan Bakat Anak-anak


Kenal pasti dan dorong minat dan bakat anak-anak, serta bekalkan mereka dengan kemahiran asas seperti memasak, menjahit, mengemas, berkebun, bertukang dan sebagainya.


9. Sediakan Hiburan yang Bermanfaat


Sediakan hiburan yang bermanfaat dan bertepatan dengan prinsip agama, seperti lagu yang mengandungi lirik yang berfaedah, program kebudayaan dan aktiviti riadah. Berkelah bersama keluarga adalah contoh aktiviti berkesan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga.


10. Adakan Perbincangan


Buat perbincangan bersama anak-anak dan keluarga. Sentiasa berbincang dengan anak-anak berkenaan peristiwa dan isu semasa, samada dalam ataupun luar negara bagi melatih anak-anak berfikir secara kritis dan kreatif. 



Rujukan: Indeks Prestasi Keluarga, Menilai Kemabli Prestasi Hidup Berkeluarga, Shuib bin Sulaiman, PTS Publication, 2012


Ingin berkelah atau bersiar-siar bersama anak-anak dan keluarga hujung minggu ini? Jom pakai sedondon. Dapatkan baju sedondon keluarga bersama kami di www.bajusedondon.com. Terdapat pelbagai pilihan yang pastinya memenuhi citarasa anda. (",) (",)
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan