Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Resepi Cucur Lemak Manis

 Cucur yang paling sikit barang tapi sedap sekali..Makin sejuk, makin sedap dimakan, tekstur tetap lembut walau ditinggalkan semalaman..cubalah..jangankan budak2, emak dan bapak budak pun mesti suka makan.

Bahan A

3 cawan tepung gandum

1/2 cawan susu manis

Secubit garam

Bahan B

3 cawan air panas mendidih (anggaran) (mesti mendidih mengelegak tau kah..suam2 kuku tidak mahu..)

Caranya :

Campurkan semua bahan A

Pastu masukkan air panas tadi perlahan2 ke dalam bahan A

Gaul guna sudu saja sekiranya tepung telah bertukar menjadi doh dan boleh digentel hentikan tuang air.

Sejukkan seketika. pastu bolehlah digentel bulat2..dan digoreng dengan minyak yang betul2 panas..tapi api sederhana sahaja tau

Tips - ada 2 cara nak gentel

1) dengan membasahkan jari dengan air; ataupun

2) dengan melumurkan jari/sudu dengan minyak

Selamat mencuba

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan