Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

7 Tips Uruskan Pakaian Tanpa Pening




Ibu-ibu di luar sana masih pening untuk menguruskan pakaian yang terlalu banyak di rumah? Baju sendiri, baju suami dan baju anak-anak; kesemuanya perlu disusun rapi agar memudahkan rutin harian para ibu. Namun, bagaimana cara yang paling praktikal? 


Mari teruskan membaca post ini, kami kongsikan 7 tips untuk menguruskan pakaian tanpa pening dan serabut lagi. Jom cuba.. 
wink emoticon


Tips 1:
Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini. Mudah untuk diambil ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!



Tips 2:

Tuala. Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam bakul begini? Tuala biasanya akan memakan banyak ruang di dalam almari kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai satu permainan pula!


Tips 3:
Penggantung berpoket ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Mr. DIY atau Daiso. Usah peningkan kepala mencari stokin dan panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama tuan punya supaya tidak bertukar-tukar pula! 
smile emoticon

Tips 4:

Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak perlu pening-pening lagi! 
smile emoticon


Tips 5:

Apa kata asingkan baju anak-anak terus mengikut hari? Anak hanya ambil sahaja apa yang perlu dipakai untuk hari itu. Tidak perlu menjerit-jerit lagi memangil nama ibu bertanya “Mahu pakai baju apa hari ini?”



Tips 6:
Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiahnya sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung berpoket ini untuk menyimpan kopiahnya dan soalan itu tidak kedengaran lagi!




Tips 7:

Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak? Apa kata selepas kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung bantal lain).



Ok..7 Tips urus pakaian tanpa pening lagi berakhir di sini. Yang mana satu yang anda rasakan paling sesuai untuk anda ikuti.. ? Anda rasakan tips-tips ini membantu anda? Jom kongsikan bersama. Boleh letak post dan link ini di laman sosial anda, facebook atau instagram dan berikan lebih info kepada orang lain juga.  
wink emoticon
wink emoticon
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan