Pagi ini rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 bersiaran dari Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong. Tetamu jemputan hari ini ialah Ustaz Elias bin Ismail yang membincangkan mengenai topik Suci Hati, Kaya Hati.
Manusia boleh dikategorikan kepada 4 jenis:
1. Manusia yang taat, hidupnya bahagia
(Surah an-Nahl ayat 32 ~ " Iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): Salamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.)
2. Manusia yang taat, hidupnya diuji
(Surah al Baqarah ayat 25 ~ "Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawasanya untuk mereka adalah syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Tiap-tiap kali diberikan kepada mereka suatu pemberian dari semacam buah-buahan, mereka berkata: "Inilah yang telah dijanjikan kepada kita dari dahulu.")
3. Manusia yang ahli maksiat, hidupnya gembira, nampak seronok
(Surah al An'am ayat 44 ~ Allah berikan segala nikmat, namun di akhirnya Allah sentap semuanya sehingga manusia itu sendiri terduduk jatuh, hancur.
4. Manusia ahli maksiat, hidupnya sempit
(Surah Taha ayat 124 ~ "Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.)
Yang betul-betul bahagia, ulama' membahagikan kepada 4 ciri:
1) Sifat minat pada ingatan agama dan nasihat agama
Contoh: orang lain tegur dia, dia ok tak melenting. Hatinya cenderung pada amal soleh.
2) Bicara dalam hati adalah bicara yang baik-baik.
Contoh : Bila tengok sesuatu perkara berlaku, dalam hatinya bercakap perkara yang baik-baik, tak mudah buruk sangka pada orang lain.
3) Senang memberi dan menerima maaf
4) Sentiasa bersangka baik dengan Allah
~Surah al-Baqarah ayat 216: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Muhasabah bersama, jom berusaha jadi soleh solehah.
0 Ulasan