Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Bagaimana suami isteri ini gandakan wang dari RM100 kepada RM20 juta dalam masa kurang setahun?

Kisah ini dikongsikan oleh Puan Fellina Fattah dalam salah satu hantaran di facebooknya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan setinggi mana bukanlah hak kita..kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yang kita abca atau dengari atau pelajari atau lalui agar orang faham bahawa tak susah untuk senang dan begitu senang untuk susah.

Salah satu caranya adalah melalui sedekah.

Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran?

Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak faham konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yang kuat bahawa wang kita sedang dilaburkan kepada benda yang baik.

Ramai orang rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche "aku pun cukup2 makan macam mana nak sedekah"

Itu kesilapan! Student yang pernah belajar dengan kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa2 kat Allah kita beri dulu - takda banyak beri sikit.

Contoh kami pernah buat ialah:

1) Sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan rissiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak..kami mulakan dengan kenduri dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang Kak Fel memang anak selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yang duit itu kakfel labur untuk saham yang lebih besar. Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH.

3) Pergi kedai dan jangan ambil baki, kadang2 baki tu mungkin hanya 20 sen tapi mingkun kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi RM20 ribu.

4) Nampak peminta sedekah selalu terdetik yang ini sindiket - kakfel selalunya akan usaha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi siapa barang2 tu.

5) Selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada orang datang cuci laman rumah, selalu orang bayar cuma RM30 tapi kakfel maybe akan bagi lebih tanda SEDEKAH.

6) Bantu orang tanpa minta apa-apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja..itu jugak SEDEKAH

7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa-apa dan rasa macam nak beli tapi tak tahu nak guna buat apa barang tu maka, SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka. Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yang sama. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita untuk mereka (ini selalu sangat2 buat)

8) SEDEKAH doa untuk mereka yang menyakiti kita, kakfel pon nampak je kental kadang2 makan hati gak dengan beberapa orang yang selalu pertikai keikhlasan kakfel, penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel, nak lawan cakap n explain rasa macam dah tak larat..so kakfel doa je banyak2.

Kakfel tak tahu nak buktikan macam mana yang konsep no semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel, yang pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yang kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi..

Dari buat produk kecantikan fellina beuty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil fellina dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph c=sunnah supplement. Siapa yang follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan, kakfel percaya bukan sebab kakfel hebat, tapi sebab Allah tahu kakfel dan suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kami tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.

Sedekah itu luas skop dia. Jadi kreatif dan yang penting..pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata..#projekpikathatiAllah juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia tak boleh baca hati kita..tapi Allah tahu.

Nanti kakfel explain juga, sedekah juga perlu kena pada tempatnya..silap bagi jatuh Haram dan kita anggung dosa, ada yang wajib dan ada yang tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen.Fahami konsep sebenara sedekah. Sebab dalam Islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah untuk perkara yang kita tahu tak elok.

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan