Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Cabaran Suami Soleh (Bahagian 2)

 ~ Cabaran susah nak jadi suami soleh:

5)Suami kerja biasa-biasa, isteri lebih berjaya

-isteri jadi angkuh bila lebih berjaya, kurang hormat pada suami. Perlu banyakkan muhasabah.

-isteri perlu ingat, mungkin kejayaan tersebut berkat doa daripada suami. Isteri patutu bersyukur dan berterima kasih bila suami benarkan bekerja atau berniaga.

-ucapkan terima kasih. Banyakkan perasaan hormat.

6) Sikap panas baran suami

-Sejukkan kemarahan dengan air dan urutan.

-isteri mainakn peranan untuk teknik2 uruta, cakar labah2, cakar harimau dan lain2.

7) Rumahtangga panas

-bila cuaca panas, ada angin; angin yang akan kembali menyejukkan suasana.

-Jadi, cari angin yang betul untuk sejukkan rumahtangga. Dengar rancangan agama, solat berjemaah bersama, baca Quran sama-sama.

-setiap kali selepas solat berjemaah, isteri cium tangan suami. Suami cium ubun2 dan usap kepala isteri sambil baca doa untuk kerukunan rumahtangga.

-boleh juga amalkan baca zikir 'Ya Latif' supaya isteri bersikap lembut hati dan senang dididik

-isteri juga boleh amalkan sikir 'Ya Latif' untuk lembutkan hati suami, agar tidak terlalu ego dan lebih mudah dibawa berbincang.

8) Hidupkan suasana harmoni

-saling berpesan-pesan untuk kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

-tegur baik2 jika ada yang salah pada suami/isteri. Setiap individu ada sikap maisng-masing yang dah alam tertanam dalam diri, tak boleh nak ubah sekelip mata.

-kena banyakkan bersabar, lebih2 lagi suami. Kena banyak bersabar dalam mendidik isteri.

9) Suami sibuk bekerja, kurang masa bersam keluarga

-pertama, kena bersyukur sebab suami bekerja. Memang tuntutan mencari nafkah adalah pada suami.

-sumai soleh kena pandai bahagi masa walau sibuk macam amanapun

-gunakan masa terhad yang ada (cth hujung minggu) untuk bawa isteri/anak2 keluar berjalan-jalan. Sambil2 dalam perjalanan boleh gunakan ruang untuk menegur, bagi tazkiran dan lain-lain.

Muhasabah bersama, jika tak dapat amalkan semua, jangan ditinggalkan semua. Jom berusaha untuk jadi suami isteri soleh solehah.

 

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan