Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

7 Kelebihan Sedekah

 1) Dapat merungkaikan kerumitan, kepayahan hidup. Allah akan ringankan beban kepada orang yang rajin bersedekah, rajin menginfakkan harta ke jalan yang diredhai.

2) Dapat menolak bala. Amalan bersedekah boleh menghindarkan bala bencana yang menimpa seseorang.

3) Dapat menjadi ubat penyakit hati. Pelbagai sifat mazmumah yang ada di dalam hati (contoh riak, ujub, sombong, kedekut) akan terdidik dan sedekah menjadi benteng yang menghalang penyakit-penyakit hati.

4) Menjadi pengawal harta, keluarga. Amalan bersedekah menjadikan harta seseorang lebih berkat, jika sikit pun masih tetap mencukupi, menyuscikan harta.

5) Dibukakan pintu hati orang untuk jatuh kasih kepada kita. Allah menjadikan diri orang yang rajin bersedekah mudah untuk disayangi oleh orang lain, contoh keluarga, sami, isteri, jiran,a ank.

6) Hati menjadi lembut. Senang untuk melakukan ibadah, ilmu senang masuk, elakkan hati mati. Sedekah juga menjadikan seseorang itu lebih berlapang dada dan hati yang bahagia.

7) Qadha' Muallaq berubah. Amalan bersedekah dapat merubah qadha' muallaq yang kita juga tidak tahu samada umur, rezeki, jodoh dan lain-lain.

Tazkiran Ramadhan

Ustaz Roszairani Al-Perlis

10 Ramadhan 1436H/ 27 Jun 2015

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan