Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

11 Tips memeriahkan Ramadhan bersama keluarga

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba, mari kami kongsikan antara tips yang dapat diamalkan untuk memeriahkan kehadiran bulan yang mulia ini bersama keluarga.

1. Program keluarga bersama al-Quran. Boleh aturkan dengan membuat komitmen minimum satu jam bersama al-Quran setiap hari. Ajak anak turut serta, agar mereka membiasakan diri berinteraksi dengan al-Quran sejak kecil lagi.

2. Program solat berjemaah. Wajibkan agar anggota keluarga lelaki seboleh mungkin melaksanakan solat fardhu dan terawih berjemaah di masjid/atau surau. Adapun anggota keluarga perempuan solat berjemaah di rumah. Boleh juga seluruh anggota keluarga melaksanakan solat terawih berjemaah di masjid.

3. Program menganjurkan berbuka puasa; memberi makanan untuk orang-orang yang berbuka, dengan melibatkan anak-anak untuk menghantarkan makanan ke masjid.

4. Program sedekah. Setiap anggota keluarga berkomitmen untuk bersedekah. Boleh sediakan tabung sedekah khusus di rumah, dan menjelang 10 hari terakhir, perolehannya dihitung kemudian diberikan kepada orang yang memerlukan.

5. Progra meninggalkan perkara yang sia-sia. Seluruh keluarga mengurangkan perbuatan yang sia-sia, contohnya menonton rancangan tv yang tidak berguna, mendengar lagu-lagu, dan lain-lain. Manfaatkanlah waktu untuk kegiatan-kegiatan yang jauh lebih bermanfaat dan mendatangkan pahala.

6. Program dakwah. Sertai program dakwah kepada masyarakat yang dianjurkan masjid/NGO., merupakan langkah yang baik. Libatkan anak-anak kita dalam aktiviti dakwah yang kita lakukan, agar mereka merasakan ruh perjuangan sejak kecil. Kegiatan ini pun akan menjadi contoh teladan bagi anak-anak kita kelak.

7. Program ilmu. Mengikuti program/kelas pengajian sepanjang Ramadhan di masjid terdekat, di sekolah atau bahkan di pondok. Hantarkan juga anak-anak ke program ilmu yang bermanfaat.

8. Program sahur dan berbuka di rumah untuk mewujudkan kebersamaan di antara snggota keluarga. Nikmati kegembiraan saat sahur dan berbuka. Manfaatkan waktu menjelang berbuka dengan banyak-banyak berzikir, berdoa, atau membaca al-Quran.

9. Program berbuka puasa dari masjid ke masjid, atau sambil bersilaturrahim. Boleh juga berbuka sambil menikmati alam semulajadi.

10. Program i'tikaf bersama keluarga pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Memotivasikan keluarga untuk memperbanyak ibadah pada waktu-waktu 10 hari terakhir Ramadhan di masjid-masjid.

11. Program reward, khususnya untuk anak-anak tercinta yang baru berlatih berpuasa. Selain dengan pujian, memberikan hadiah sebagai rangsangan juga satu keperluan. Hargai anak-anak dengan penuh kesungguhan menjalankan ibadah puasa penuh hingga waktu berbuka. Contoh reward adalah memasak/menyediakan makanan kesukaanya, atau memberikan barang yang disukainya.


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan