Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

Selamat Datang ke laman web rasmi bajusedondon.com. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah adalah terpakai kepada semua pelawat dan pengunjung bajusedondon.com. Anda terikat dengan terma dan syarat di bawah selama mana anda berada di laman web www.bajusedondon.com. 

Umum
Kandungan terma dan syarat mungkin berubah, dipindahkan atau dipadam pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa pihak bajusedondon.com mempunyai hak untuk menukar kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran peraturan dalam terma dan syarat yang dinyatakan ini, pihak bajusedondon.com akan mengambil tindakan segera terhadap pesalah. 

Kandungan & Hak Cipta 
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua bahan-bahan, termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar, klip video, dan bahan-bahan bertulis dan lain-lain yang muncul sebagai sebahagian daripada laman web ini, dalam erti kata lain "Kandungan Laman Web ini" adalah hak cipta, tanda dagangan, pakaian dagangan dan / atau harta intelek yang dimiliki, dikawal atau dilesenkan oleh bajusedondon.com.

Komen dan Maklumbalas
Semua komen dan maklumbalas yang dibuat di lamn web ini akan kekal sebagai hak milik / harta bajusedondon.com.

Pengguna hendaklah bersetuju bahawa tidak ada sebarang komen yang dikemukakan akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi hak peribadi atau hak milik pihak lain. Tambahan pula, pengguna hendaklah bersetuju tidak akan ada kandungan bahan yang menyalahi undang-undang, kesat, atau lucah yang dikemukakan kepada laman web ini. Pengguna akan menjadi satu-satunya individu yang bertanggungjawab terhadap mana-mana kandungan komen yang dibuat.

Informasi produk
Kami tidak dapat menjamin semua produk sebenar akan menjadi betul-betul sama dengan yang dipaparkan pada monitor kerana itu adalah bergantung kepada monitor pengguna.

Newsletter
Pengguna hendaklah bersetuju bahawa bajusedondon.com boleh menghantar newsletter mengenai berita / produk / promosi terkini dan lain-lain melalui e-mel yang telah diberikan sendiri oleh pengguna kepada pihak bajusedondon.com.

Ganti Rugi
Pengguna hendaklah bersetuju bahawa laman web bajusedondon.com tidak merbahaya dan pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam, yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.

Pautan ke laman web lain
Mana-mana pautan akses ke laman pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. Pihak bajusedondon.com tidak terlibat jika kandungan / produk yang dilayari pengguna mengalamai kerosakan atau kerugian yang dikaitan dengan laman web pihak ketiga.

Maklumat yang tidak tepat
Dari masa ke semasa, mungkin ada maklumat mengenai www.bajusedondon.com yang mengandungi ralat tipografi, ketidaktepatan, peninggalan, yang mungkin berkaitan dengan penerangan produk, harga, ketersediaan dan kandungan artikel. Kami mempunyai hak untuk membetulkan apa-apa kesilapan, ketidaktepatan, menukar atau mengedit maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, sila kembali semula kepada kami dan rujuk bahagian "Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik".

Penamatan
Perjanjian ini berkuatkuasa melainkan jika dan sehingga wujudnya sebarang ketidaksetujuan sama ada oleh pelanggan atau bajusedondon.com. Walau bagaimanapun, pihak bajusedondon.com boleh menamatkan perjanjian dengan pelanggan tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan akan menafikan akses pelanggan yang tidak dapat mematuhi syarat-syarat di atas.

Catat Ulasan

0 Ulasan