Assalamualaikum.
Hai semua. Apa program dan rancangan hari cuti hujung minggu ni? Jika masih belum ada aktiviti, apa kata kita menonton filem Ejen Ali The Movie. Sepertimana yang ramai dah tahu, filem ni merupakan salah satu siri animasi tempatan yang popular bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga ramai yang meminatinya. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sebelum ini sekitar bulan November yang lalu, namun jangan risau jika anda tak berkesempatan untuk menontonnya pada waktu itu. Ada berita baik untuk anda juga. Bermula hari ini 1 November 2020, filem Ejen Ali The Movie telah pun ditayangkan di Netflix.
Antara lain, filem animasi ini yang membawakan genre aksi berkisarkan kisah Ejen Ali dan rakan-rakannya yang mempunyai misi untuk menyelesaikan teknologi misteri yang mengancam bandar Cyberaya dan berkait rapat juga degan agensi yang disertainya iaitu MATA (Meta Advance Tactical Agency). Dalam filem ini juga turut dapat dilihat penggunaan pelbagai gajet yang menarik dan juga mengetengahkan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bagi anda yang masih belum menontonnya, boleh la cuba menonton di Netflix. Memang tidak rugi menonton filem ini. Saya boleh katakan ia antara filem yang menarik untuk ditonton dengan garapan penceritaan yang menarik, penggunaan kesan teknologi yang canggih dan nilai-nilai kemanusiaan yang cuba diterapkan. Selamat menonton.
Tonton : Ejen Ali The Movie di Netflix
0 Ulasan