Selamat Tahun Baru 2020


"A journey of a thousand miles must begin with a simple step."

Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. 
Semoga tahun baru ini lebih proaktif, produktif dan membahagiakan semua. 

Dah mula tulis azam baru? Jom kita mulakan sama-sama.

Antara tips yang selalu Kak Risha amalkan setiap kali menulis azam tahun baru seperti di bawah:
1. Bahagikan azam / matlamat kepada beberapa bahagian. Contohnya 6 bahagian (Personal, Keluarga, Spiritual, Kewangan, Karier dan Kesihatan)
2. Setiap bahagian senaraikan apa matlamat yang ingin dicapai (tulis dalam 5-10 matlamat)
3. Setiap matlamat yang ditulis perlulah spesifik, maksudnya dinyatakan secara jelas dalam bentuk tarikh atau angka (contohnya turun berat badan sebanyak 10 kg pada Jun 2020)
4. Setiap bulan, tentukan azam / matlamat yang ingin dicapai.
5. Tulis, tampal dan hiaskan azam / matlamat di tempat yang senang dilihat (supaya kita sentiasa bersemangat dan berusaha memastikan azam kita tercapai)

Apa azam anda tahun ni? Jom kongsikan di bawah. ^_^

Kak Risha
bajusedondon.com

0 Ulasan