Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

SIAPAKAH ANDA???


SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING RUGI?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luasadalah orang yang mati membawaamal-amal kebaikan di aman kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan