Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Perniagaan Online vs Pendaftaran SSM, Apa yang perlu anda tahu?



Semua peniaga dalam talian termasuk di laman sosial facebook dan Instagram perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika gagal berbuat demikian, perniagaan tersebut dianggap haram. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bertujuan untuk memelihara dan melindungi hak pengguna di Malaysia daripada dieksploitasi dan ditipu peniaga tidak bertanggungjawab. 

"Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web Facebook atau Instagram mereka," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur semalam. 

Sumber: Kosmo

Isu ini yang pernah hangat sewaktu mula menjadi viral di laman sosial penghujung tahun lepas (Disember 2014) nampaknya kembali mewarnai media sosial hari ini. Masih ada juga kedengaran keluhan daripada peniaga kecil-kecilan yang beroperasi secara dalam talian. 

Jika disoroti atau diimbas kembali artikel dari Berita Harian pula berkenaan peniaga online yang diheret ke mahkamah (Arkib 2010), isu ini kelihatan hampir serupa dengan kes peniaga yang didenda sehingga mencecah ribuan ringgit. 

Secara umumnya, tidak kira berniaga secara online atau offline pendaftaran syarikat dengan SSM dilihat sebagai satu keperluan kepada semua yang terlibat. Salah satu contoh sebelum ini di mana pemilik fanpage yang diberi amaran akan dikenakan penalti sebanyak RM5000 kerana tidak memaparkan nama dan nombor syarikat mereka di fanpage. Melalui pendaftaran yang dibuat, akan dapat mengelakkan perniagaan daripada dikenakan tindakan undang-undang.



Di antara aspek positif pendaftaran syarikat dengan SSM ialah:
  • Dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Dapat meningkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah menyelesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk membangunkan perniagaan anda di masa akan datang.
Memang kebiasaannya cadangan untuk pendaftaran, mendapatkan lesen dan cukai ini antaranya untuk mendapatkan duit dan hasil kutipan untuk pendapatan negara. Namun begitu, tidak dinafikan juga melalui pendaftaran syarikat para peniaga online ini dapat melindungi hak pengguna serta mengelakkan berlakunya penipuan kepada para pengguna. Untuk rekod, lebih dari 1,879 kes penipuan telah dilaporkan pada tahun 2011.

Sebagai peniaga secara dalam talian mungkin akan kedengaran sedikit rasa ralat, susah dan benci dengan cadangan untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Namun hakikatnya, untuk para pembeli dan pelanggan pastinya hal ini menjadikan mereka rasa lebih selesa dan lebih selamat untuk berurusan dengan peniaga tersebut. 

Pada masa yang sama, para peniaga juga perlu turut mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdangangan Elektronik) 2012 yang telah diwartakan. Peraturan in antara lainnya menyebut bahawa peniaga dalam talian perlu memaparkan maklumat berikut di halaman jualan mereka:
  • Nama syarikat (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
  • Alamat e-mail dan nombor telefon atau alamat pembekal perniagaan
  • Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
  • Kaedah pembayaran
  • Terma sah syarat jualan
  • Waktu anggaran penghantaran atau perkhidmatan kepada pembeli
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian di mana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online. Mereka mungkin tidak lagi perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.

Apa pula pendapat anda berkenaan dengan perkara ini? Jom, kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah. 

Oh,ye maklumat lanjut mengenai kami juga boleh anda dapati melalui pautan ini:




Kredit: https://amanz.my, http://btmmari.blogspot.my/, http://sifufbads.com/

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan