Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Apa yang anda perlu tahu mengenai material pakaian anda?


Picture from beginnersewingmachine




Assalamualaikum semua.

Apa khabar anda semua hari ini? Admin doakan anda semua sihat-sihat selalu, luar biasa bagus, luar biasa hebat semuanya ya. Dah ucapkan rasa syukur kerana masih dipinjamkan usia hari ini? Dah senyum pada insan-insan rapat yang ada di dalam hidup kita, suami, ibu bapa, anak-anak? Jika belum, jom buat semua tu. Sama-sama kita hargai apa yang kita ada terlebih dahulu, sebelum kita asyik meminta dan mengharap untuk memiliki apa yang masih belum ada di hadapan kita. 

Ok, hari ini admin akan menyambung topik semalam iaitu berkaitan dengan material yang digunakan dalam pembuatan pakaian. Jika semalam admin telah berkongsi serba sedikit mengenai fabrik cotton, hari ini admin ingin berkongsi pula berkenaan fabrik-fabrik yang lain seperti jacquard, crepe dan rayon.

Anda biasa mendengar kesemua nama-nama fabrik ini? Boleh kongsikan juga tambahan info di ruangan komen ya. (",) 


2) MATERIAL JACQUARD



---> Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya.
---> Asal usul nama material ini dikatakan diambil bersempena dengan nama orang yang mencipta alat tenun tersebut iaitu Joseph Marie Jacquard.
---> Alat tenun tersebut memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.
---> Material ini secara fizikalnya berkilat dan licin.
---> Ada pengguna yang memang menyukai kain jenis ini kerana menampakkan berkilau 'shining' dan warnanya yang terang.
---> Masalah pada kain ini ialah ia sedikit sukar untuk digosok.


3) MATERIAL CREPE


---> Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang tidak bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut.
---> Ia dihasilkan melalui teknik pilihan pintalan S dan Z di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.
---> Fabrik crepe ini bersifat jatuh, jadi pemakaiannya menjadikan baju nampak terletak elok pada badan pemakai.
---> Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas.
---> Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain.
---> Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe dan lain-lain.


4) MATERIAL RAYON


---> Material rayon atau biasa disebut rayon viscose terhasil dari serat semi sintetik.
---> Ia merupakan kain yang lembut dan selesa dipakai kerana mempunyai daya serapan yang baik.
---> Material ini biasanya murah, kerana ia sejenis fabrik yang boleh menyusut.
---> Corak dan bentuknya seakan-akan sama dengan batik cuma fabriknya sedikit keras. 
---> Terlalu mudah berkedut.


Nah, bagaimana? Anda sudah mengenali beberapa jenis fabrik kan, yang mana agaknya yang akan anda pilih sebagai material pakaian anda? Membeli bukan sahaja untuk kepuasan tapi juga kualiti. Betul tak?

Antara material di atas, admin paling sukakan fabrik crepe. Senang, selesa dan berkualiti. Anda pula bagaimana? Oh ye, jika anda ingin merasakan pengalaman menggayakan fabrik crepe ini boleh menghubungi kami. Pelbagai pilihan blouse dan pakaian yang ada menggunakan fabrik ini. Lawati rangkaian medium sosial kami seperti di bawah: 



Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan