Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Plastik Bocor




Berhati-hatilah kamu dengan plastik bocor. 


Kamu solat, sedekah, membaca al-Quran, pegi menunaikan haji dan umrah banyak kali.
Akan tetapi kamu membuat fitnah mengenai orang lain..

(plastik bocor)

Kamu memberi banyak sedekah kepada orang miskin.
Akan tetapi kamu mempergunakan dan melukai mereka...
(plastik bocor)

Kamu bertahajud, puasa dan taat pada Allah dalam urusan keagamaan.
Akan tetapi kamu memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga...
(plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga.
Akan tetapi kamu mengganggu, mengacau dan tidak berdaya mengawal perasaan marah kamu...
(plastik bocor)

Kamu memakai abaya dan bertudung litup.
Akan tetapi dari jauh minyak wangi kamu boleh dihidu oleh ajnabi...
(plastik bocor)

Kamu muliakan dan melayan baik tetamu kamu.
Akan tetapi apabila dia balik, kamu bercakap belakang mengenai semua kekurangan dia...
(plastik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami.
Akan tetapi kamu merungut setiap masa sehingga membuatkan mereka merasa bersalah...
(plastik bocor)

Kamu berdoa memohon keampunan daripada Allah.
Akan tetapi di saat kamu sakit, kamu merungut dan membuat orang sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit ialah penghapus dosa)...
(plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Sekiranya itu terjadi, kamu hanya melakukan perkara yang sia-sia. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh dan tumpah ke bawah semula!

Ya Allah, bantulah & ampunilah kami yg sering alpa ini..Aamiin



Kredit kepada: Syed Zaki Al-Qudsi
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan