Syaikh Fuad Shalih dalam bukunya Liman Yuriidu Az Ziwaaj wa Tazawuj menyampaikan empat nasihat Rasulullah SAW untuk para suami.
Nasihat ini secara tidak langsung menegur suami agar tidak hanya menuntut isteri mempersembahkan yang terbaik bagi dirinya; tetapi dia juga ia berusaha memberikan yang terbaik untuk isterinya.
Empat nasihat ini secara khusus mengajarkan suami untuk berpenampilan menarik di rumah iaitu sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW, "Cucilah bajumu, rapikan rambutmu, gosoklah gigimu dan berhiaslah untuk isterimu."
1. Cucilah Bajumu
Nasihat pertama ini memiliki dua aspek di mana yang pertama lebih kepada proses, manakala yang kedua terletak pada hasilnya.
Sebagai sebuah proses, “cucilah bajumu” dimaksudkan sebagai hendaklah berbahagi tugas dengan isteri dalam menyelesaikan urusan harian rumahtangga, lebih-lebih lagi kepada keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah. Mencuci baju tidak dibebankan kepada isteri saja, melainkan suami juga turut melakukannya samada dengan cucian tangan atau menggunakan mesin basuh. Konsep berbahagi peranan inilah yang ditauladankan oleh Baginda Rasulullah SAW. Baginda sendiri walaupun seorang Nabi, pemimpin negara, panglima perang, contoh tauladan; namun apabila berada di rumah Baginda selalu membantu isteri-isterinya menguruskan rumahtangga.
Manakala aspek kedua iaitu hasil, “cucilah bajumu” bermaksud para suami juga perlu tampil dengan pakaian yang rapi di hadapan isterinya. Tidak kusut masai, tidak berbau dan tidak menjengkelkan. Mungkin sebahagian suami merasa tidak perlu tampil rapi di hadapan isterinya, akan tetapi sekiranya dia menuntut isteri untuk tampil rapi di hadapannya, mengapa dia juga tidak melakukan hal yang sama? Bukankah suami itu perlu menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti oleh isterinya? Tiada salahnya untuk para suami untuk turut berubah, tampil lebih rapi di hadapan isteri, betul kan? (",)
2. Rapikan Rambutmu
Ketika hendak pergi ke pejabat, hendak bermesyuarat, berjumpa rakan-rakan, lazimnya suami akan merapikan rambutnya. Lantas, mengapa saat berada di rumah bersama isteri tidak melakukan hal yang sama? Bukankah suami yang terbaik adalah yang paling berlaku baik terhadap ahli keluarganya? Lalu, mengapakah diutamakan yang lain, rakan-rakan melebihi isteri sendiri?
Padahal rakan-rakan tidak memasakkan makanan untuknya, tidak juga merawatnya ketika sakit. Yang setia menemani, yang setia merawat adalah isteri. Nah, cubalah tampil rapi di hadapan isteri, pasti mereka suka dan gembira melihat anda. (",)
3. Gosoklah Gigimu
Bau mulut adalah perkara yang boleh mengganggu komunikasi dan menjadi pembatas jarak seseorang. Ketika seorang suami tidak suka isterinya mengeluarkan bau pada waktu dia berbicara, demikian pula isteri sebenarnya tidak suka jika suami menghampirinya dengan bau mulut yang kurang enak. Diriwayatkan Baginda Rasulullah setiap kali akan masuk ke dalam rumah, Baginda bersiwak terlebih dahulu. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Saidatina Aisyah yang menjadi saksi kebiasaan Rasulullah ini. Ketika ditanya, “Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah jika dia memasuki rumahnya?” Beliau menjawab: "Bersiwak”.
Maka sungguh nasihat ini harus diamalkan oleh para suami. Hendaklah ia rajin bersiwak atau menggosok giginya. Jika berduaan dengan isteri, pastikan sudah menggosok gigi. Pastikan tidak ada bau yang mengganggu. Tambahan dari itu, menggosok gigi atau bersiwak mendatangkan dua kebaikan iaitu kebersihan dan kesihatan mulut, serta mendatangkan keredhaan Tuhan. “Bersiwak itu membersihkan mulut dan membuat Tuhan redha” (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan An Nasa’i).
4. Berhiaslah untuk isterimu
Para sahabat Nabi adalah suami-suami yang lebih awal dalam mengamalkan nasihat ini. Ibnu Abbas mengatakan, “Aku suka berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka isteriku berhias untukku.”
Mengapa demikian, kerana Ibnu Abbas yakin, “Sesungguhnya berhiasnya suami di hadapan isterinya akan membantu isteri menundukkan pandangannya daripada melihat lelaki lain selain suaminya. Berhiasnya suami di hadapan isterinya juga makin mendekatkan hati keduanya.” Jika para sahabat yang sibuk berdakwah dan berjihad tidak lalai berhias untuk isterinya, bagaimana dengan kita? Semoga dapat mencontohi mereka.
Ingin menggayakan baju sedondon bersama isteri kesayangan? Jom, dapatkan koleksi baju sedondon pilihan anda bersama kami.. Layari website kami di www.bajusedondon.com atau boleh juga ke facebook page fb.bajusedondon.com (",) (",)
Ingin menggayakan baju sedondon bersama isteri kesayangan? Jom, dapatkan koleksi baju sedondon pilihan anda bersama kami.. Layari website kami di www.bajusedondon.com atau boleh juga ke facebook page fb.bajusedondon.com (",) (",)
0 Ulasan