Cotton Combed


Sebelum anda membeli sehelai pakaian, biasanya apa yang ada lihat dahulu? Materialnya? Harganya? Corak dan warnanya?


Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang dalam memilih pakaian yang hendak dibeli. Salah satu faktor yang sering ditanya ialah apakah material pakaian tersebut. Ini kerana material yang sesuai akan menjadikan pelanggan lebih selesa memakai pakaian tersebut. Contohnya material satin yang berkilat pastinya tidak sesuai dibawa bersukan, material sutera tidak sesuai dibawa beriadah, material kapas / cotton sesuai untuk tshirt dan lain-lain lagi. 



Apa itu material Cotton Combed?


smile emoticon
Jenis material yang sangat halus, diperbuat dari benang-benang yang mempunyai serat benang relatif sama ukuran ketebalannya. 
smile emoticon
 Digelar combed kerana proses pemilahan kapas dengan cara disikat atau 'comb'. 
smile emoticon
 Hasilnya bukan sahaja serat menjadi lebih halus tapi serat kapas yang lebih panjang dan jarang ada nap (sambungan kapas dalam pilinan benang).
smile emoticon
 Nombor 20s merujuk kepada jenis benang yang digunakan pada proses penghasilan material.

* Cotton combed 20s ialah material tulen 100% cotton atau benang kapas yang tiada campuran.
* Kain paling mahal dalam kategori t-shirt (kerana kualiti & sifat materialnya).
* Lembut, nyaman dipakai, tidak panas dan serap peluh.
* Tidak mudah luntur, tidak mengembang atau mengecut.
* Tidak mudah berbulu, kekal struktur fizikalnya walau dibasuh berkali-kali.

Jadi, usah berlengah lagi. Jom dapatkan produk tshirt sedondon berkualiti dari material Cotton Combed 20s bersama kami. 
smile emoticon

0 Ulasan