Ren Shuan Bu Ru Thien Shuan
Percaturan manusia tidak sepertimana hebatnya percaturan Allah swt.
Dalam hidup ini, kita akan jumpa banyak keadaan yang akan buat kita tersedar bahawa betapa kita cuba mengatur atau menyusun banyak perkara tetapi akhirnya ianya bergantung kepada aturan-Nya jua.
"Wa makaru wa makarallah, Wallahu khairul makirin"
Kita merancang, dan Allah juga merancang, Allahlah sebaik-baik perancang. [ALI-iMRAN : 54]
Bila menghadapi saat tersebut, solusi terbaik adalh kembali kepadaNya.
Solat taubat, hajat dan istikharah mohon pimpinanNya. Perbanyakkan zikir taubat dan selawat.
Salam sayang.
Pesanan dari Dr Azizan Osman
0 Ulasan